Pages

1 Aug 2016

Kisah benar tentang 'Aku' part 2



Gambar ni tahun 2014. Pipi masih kembung lagi. Haha


         Oleh kerana diatas permintaan seorang sahabat. Maka, diupload part 2. Maaf kalau penulisan tak memberansangkan.

Part 2

         Walaupun dia berkasar dengan aku but still aku layan dia baik. Sebab aku pikir, dia dah tua. Kalau takde pape sekalipun he is still like a brother, a big guy to me. So i should show some respect. But then, membazir je respect orang gini. *mata juling*.

          Kan part 1 ada bagitahu ak kenal orang lain kan? Oh yes! *petik jari bunyi kluk*. So, aku pun slowly contact budak baru tu. Tapi, since aku berkawan dengan budak baru tu. Mungkinla ada kelainan sikit pada diri aku and aku perasan yang dia nampak perubahan aku pada dia. Mana taknyer. Dulu kalau aku tak dapat mesej dari dia, aku akan cube lagi sekali sebab faktor network. Kadang kalau dia tak balas,aku akan cuba call dia, mesej dia, tapi pukul 12 baru nak balas. Kata tidur apa semua but aku tak bodoh. Mana ada orang tidur update wechat kot. Nak menipu pun bertempat la 'Bai Tuo'!  But,still ak rileks walau aku tau aku ditipu.

       Awal2 perkenalan pun dia dah tipu aku dengan bagi aku gambar adik dia acah2 tu adalah dia. Faham tak? Ke tak faham? Camne eh nak explain. Kiranya macam, kononla aku kapel dengan sorang ni. Bila dia mintak gambar it turn out that aku bagi gambar orang yang lebih cantik tu pada pakwe aku. So that he will love me and wont leave me.  *sebab tu lerr kenapa member2 sengal aku ni mengamuk benor nak suruh aku putuskan dia lepas tau pasal dia tipu gambar tu. Diorang kata kalau dah tipu sekali pasti tipu lagi! Dah macam orang tua deme ni yer*
   
       One day tu, aku sakit teruk gak ah. Demam seminggu sampai first time aku kena tonsil yang bengkak besar sampai hilang suara. Puncanya sebab aku bekerja di ward yang ada ramai orang yang kena tonsilitis (jangkitan pada tonsil ). So, dah suara serak sangat. Time tuh, aku rasa aku paling seksi sekali sebab suara aku serak macam Rani Mukherji *kelipkelip mata*
   
        Time tuh la hari yang paling menyakitkan. Dah la demam, suara serak sakit tekak plak tu. Dia plak cari pasal. Atlast aku dah tak tahan aku pun mula melawan. Dia mempersoalkan perubahan diri aku. Menuduh aku ada scandal n Curang dia. Padahal dalam sesebuah hubungan, prinsip aku adalah setia selagi boleh. Tak perlula kot nak memeningkan kepala dengan scandel mandel and curang2 ni. *walaupun he hurt me lot but aku tak buat semua tuh okeh! Takde kerlasss scandel mandel ni.....!*.

         Macam2 lah ayat dia bagi pada aku. Tapi, aku berjaya tangkis tangkis tangkis macam bulu tangkis. Haha! Yang paling aku tak boleh lupa. Bila aku kata hubungan ni aku masih sayang maka jaga laa sama2. Kalau sorang macam chipsmore sorang je yang jaga pastu kena telan segala sakit jiwa n lara mana boleh.

      Time ni aku dah rasa WIN giler. Sikit pun dia tak menjawab. Dia hanya mendengar je. Paatu aku bagi lagi. Dulu kata n janji macam2 tapi alih2 tengoklah. Watsapp online tak berbalas. Kononnya busy sangat. Kalau orang nak online ke apa dituduhnya bukan2. Ingat kita ni apa? Anak patung? Suka2 nak lepas kemarahan apa semua. Tapi, belum sempat aku nak sambung lagi dia boleh cakap.

      'Tolonglah jangan nak buat suara meminta simpati! Suara sedih! ' Gosh! Time tuh aku rasa macam nak tembak dia jer!!!! *tangan sambil kepal2 ready nak tumbuk*.

         Lepastu aku keep on explain aku bukan jenis suka minta simpati but aku tengah ada sore throat apa smua still the same juga dia blamed aku. Bodoh ke hape tak tahu lah~~ *sorry kasar ayat*.

           Then last2 aku cakap aku nak rehat pandai2 pikir. Aku tak sihat. Aku nak tidur. And click! Aku off phone. Keesokkan paginya dia buat macam xde hape berlaku. *sakit hati we oll tau!* But, paginyer tu aku dah nekad yang aku nak minta putus. Lagipun bukan aku yang buat hal tapi dia! Dah lah menipu. Nak awex seksi ada liuk lentok mentok bagai. Siap request suruh pakai baju ketat biar nampak lenggok body. Aiseh!! Pada hal agama sama tu. Sedih ioll tau.

       Kawan2 aku the biggest supporter untuk hal ni. Diorang tak sampai hati nak tengok aku jadi gini. Yelah! Leps aku cerita habis semua yang dia dah buat pada aku. And one more thing,  diorang terkejut sebenarnya yang mamat tu boleh nak ajak aku 'ehem' sebelum jumpa parents dia. GILA HAPE! Mati aku kalau mak bapak aku tahu. Hurmm... Aku pun cakap dekat member2 aku. Bagi aku masa. Sebab macam mana pun aku tetap sayang dia lagi. Sebab aku ni jenis yang tak reti kapel kapel bile tak suke terua tinggalkan. Nonono... Bukan style aku. Selalunya aku akan memberi peluang. Mungkin sebab tu hati aku makin sakit. Baik sangat aku ni punnnnn.....So aku pun pikir n pikir dan pikir lagi. Last last, aku pun explain cara baik dekat dia bahawa aku tak mampu untuk menyambungkan silaturrahim ni lagi.

          Pikir aku, takdelah harsh words came out but it turns to a horror scene. Takdelah horor mana. Tak..takdelah macam cite conjuring. Dia keep on call...call....call but aku off talipon. Malas dah nak berlembut hati. Aku dah tawar hati sangat.  Actually aku ni dah banyak kali bagi dia peluang. Kalau dah banyak kali bgi peluang but it turns out zero, so what's the point right? Tapi, aku bukan putus sebab lelaki yang baru aku kenal tu tau!! NO3!! Karang korang pikir ke sana plak. Bukan boleh dipercayai korang ni! * flip hujung tudung dengan muka kerek*.  prinsip aku bukan jenis curang and tinggalkan. I give you a big NO! Cuma aku dah tak larat nak bagi peluang pada buaya tembaga yang kuat menipu. Okeh! Jom makan Peah Queen dulu sebelum tidur. *sambungan**

            last but not least, hargai apa yang ada depan mata... Jangan bila tuhan tu tunjuk kekuasaan dia, penyesalan yang korang akan rasa. Kerugian berganda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...