Pages

8 Aug 2016

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits





Assalammualikum

Holla guys !


Ok setelah sekian lama berblog, korang ada perasan tak apa yang takde dalam blog ini ? Bloglist ? yes ! thats true. Blog ini belum ada bloglist lagi. Maka dengan itu wanny ingin menjemput rakan-rakan blogger sekian alam untuk memeriahkan lagi pencarian bloglist untuk blog ciput ini. Dengan lafaz BISMILLAH wanny ingin memulakan pencarian bloglist untuk blog ini seramai 6 orang. Pencarian selama 15 hari ini diharapkan dapat memeriahkan lagi pencarian bloglist wanny serta dapat mengeratkan hubungan sesama rakan blogger yang lain.


Syarat-syarat :

  • Wajib follow blog ini dan sini juga.
  • Buat satu entry yang bertajuk " Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits "
  • Tag 3 orang rakan blogger anda (pastikan mereka tahu)
  • Pastekan link blog korang di komen entry ini.


And i'm going to tag few people that i knew :



Pencarian bloglist ini bermula pada 1/8/16 dan Tamat pada 15/8/16

7 Aug 2016

Berdosa menjadi orang gemuk?

                                    Hai!
      Tadi ada fb contact yang agak lama menghilangkan diri. Bila tanya reason dia..ermm...is no good to confess here. Biar I je yang tahu reason dia. Btw, sekarang on the way nak siapkan sambungan 'Kisah benar tentang 'Aku''. I know, not much yang baca tetapi apa pun yang sudi baca tu thanks you so much!!.. Okeh. Berbalik pada my friend. Sebenarnya, i feel kesian sangat pada dia. I kenal dia since kolej lagi. She is a very nice gurl you know. She has a very fair skin pretty face. But, something had disturb her. Ini membuatkan i teringatkan diri I yang dulu. Why kene wujudkan perkataan berlawan? Apa yang syok? Buruk lawannya cantik. Gemuk lawannya kurus. Kan bagus kalau semua tu tak wujud. Takkan ada orang termasuk aku salah sorang yang akan merasa rendah diri dengan penampilan diri aku.
        Teringat how i struggle a lot for myself. Sturggle untuk menunjukkan pada semua yang aku pun boleh kurus dan cantik! Geram aku bila teringat semua penghinaan tu. Dari sebab penghinaan tu jugelah i get what i want. It's not that easy okeh. Bertahun tahun i cube untuk kuruskan diri i. Yes! I exercise semua tu. No! I bukan setakat buat tu. Even slimming pils and supplements pun i pernah cuba. Kerana taksubnya untuk kelihatan seperti orang lain, maka i sanggup mendera, menyeksa diri i. Tapi, apa yang I dapat? I got nothing. Zero! And i even get sick too...yeah this is my real story.
        Sejak my dad passed away. I stress sampai kuat makan. Masuk sekolah menengah. Ada yang ingat i ni cikgu sebab body i yang besar bulat tu. Then masuk kolej lagilaaaa..... Then, you can see it from my photo yang I dah attached . Nak tau, macam macam i cuba. Firstly, sebab waktu belajar takde duit sangat. I lebih kepada exercise dan diet. Exercise pun kadang je ikut mood tapi esoknye i makan berat balik. Ice cream jadi peneman. Then, diet plak diet teruk. I sanggup tak makan nasi . Then i kena gastrik. Stress sangat sebab kwn kolej i sendiri hina i. Katanya ' korang tengoklah tembun bergambar.' Wow, teruk sangat ke orang macam aku nak selpie? Rasanya bukan henpon korang yang aku ganggu memory phone kot??? Aku start diet. Tapi, tak berhasil gak diet melampau i. Bila masuk tahun ke lima and ke enam I kenal dua ketul yang ta reti bersyukur tu. Lagilah i nekad nak buat macam macam. But, as i told you. Benda takkan dapat dengan mudah. Bila dah start ada duit sendiri I pergi gym. Tapi, tak sampai beberapa bulan i stop. Faktor sebab jauh and kerana over thinking nak kurus i kena sciatic nerve. Nerva di bahagian peha i tersepit gara2 memberi tekanan pada bahagian bawah kaki. See! Its not easy. Then, i diet lagi macam dulu. Tapi, bila i fikir balik. Tak berbaloi sakitkan diri sendiri. Then, i cari cara lain. I cuba exercise ringan ringan di rumah. Sapu krim panas macam msutajab tu. And guna gambar Selena gomez and Karena Kapoor as my idol.
        
                                    

                           


           Alhamdulillah slowly i dapat menanamkan azam dalam diri i. Tapi, at the same time i tetap ada buat control diet dengan amik supplement for energy. Takut tak larat time krja. Time puasa i control my diet betul2. Ada la juge keberkesanannya. Then yang betul2 membantu I is CMD. Dari almost 90kg ke 70+kg. Alhamdulillah! Then, almost two month consume cmd i stop pule. But, i control juge diet i. Takmo dapat body dulu lagi. Bila i start nak kuat makan. I akan tengok gambar Karena Kapoor and Selena Gomez. Dengar lagu Selena. Nanti I lupa lah nak makan. Bila terasa nak menguyah, i cepat2 gosok gigi. Nanti bila nak makan i akan cakap macam ni 'alaaaa da gosok da gigi malaslah nak kotorkan dah!' Then mati macam tu je niat nak makan. Dah boleh talkinkan dah. Hewhewhew.... Ada sekali tu i've to pass something pada member i yang pernah panggil I 'tembun' tu. Berdebar juge nak jumpa dia. I nak sangat tengok reaksi dia. Tapi, puas hati jugela. Perkataan kurus dari bibir dia yang muncul untuk first pertemuan kitorang lepas tamat kolej 2014. Well! Aku bangga. Then, another friend of mine x kenal i sebab sia kata i dah kurus tak macam sebelum ni. Kekekekkw..... Hebat juge penangan usaha aku.
       See! To achieve something is not easy. Macam mana pun kita akan melalui kesusahan dulu baru sapat kesenangan. Apa pun yang kita nak buat, keazaman dan semangat perlu ada. Kalau dua dua takde. Hancur macam tu je. Well, guys out there. I know you can do it. I know how it felt being insult by people around you. Dipandang sinis dan tidak digemari orang. Ada saje mulut yang nak mengata badan ni tapi diorang tak tahu apa yang kita alami. Diorang tak tahu badan inilah yang dengan kita selamani. Sedihnya kita, sakitnya kita, happynya kita badan kitalah yang selalu menjadi penunjuk emosi kita. Like a friend of mine, her weight slowly rise when she feel happy. Tetapi, akan menjadi susut bila sedih. But, bukan semua orang macam tu. Ada yang metabolic dia tinggi dan ada yang metabolic dia rendah. Trust me. People like them, diorang dah selesa dengan diri diorang sendiri. Apa salahnya kita sebagai orang terdekat mereka memberi dorongan tetapi bukannya kutukan dan penghinaan? Gosh! This make me sad. Sobsobsobs
     Apa pun yang i nak cakap. Be yourself. Jangan menyeksa diri wahai kawankawan. Perlahan lahan mengubah diri. Dont hurt yourself just because people around you. They wont be with you when you're sick. Apa pun jangan pernah mengalah okeh! If we can do it, you can do it too.... Semoga berjaya wahai chubby friends. Smile always. ^^

                                

1 Aug 2016

Kisah benar tentang 'Aku' part 2



Gambar ni tahun 2014. Pipi masih kembung lagi. Haha


         Oleh kerana diatas permintaan seorang sahabat. Maka, diupload part 2. Maaf kalau penulisan tak memberansangkan.

Part 2

         Walaupun dia berkasar dengan aku but still aku layan dia baik. Sebab aku pikir, dia dah tua. Kalau takde pape sekalipun he is still like a brother, a big guy to me. So i should show some respect. But then, membazir je respect orang gini. *mata juling*.

          Kan part 1 ada bagitahu ak kenal orang lain kan? Oh yes! *petik jari bunyi kluk*. So, aku pun slowly contact budak baru tu. Tapi, since aku berkawan dengan budak baru tu. Mungkinla ada kelainan sikit pada diri aku and aku perasan yang dia nampak perubahan aku pada dia. Mana taknyer. Dulu kalau aku tak dapat mesej dari dia, aku akan cube lagi sekali sebab faktor network. Kadang kalau dia tak balas,aku akan cuba call dia, mesej dia, tapi pukul 12 baru nak balas. Kata tidur apa semua but aku tak bodoh. Mana ada orang tidur update wechat kot. Nak menipu pun bertempat la 'Bai Tuo'!  But,still ak rileks walau aku tau aku ditipu.

       Awal2 perkenalan pun dia dah tipu aku dengan bagi aku gambar adik dia acah2 tu adalah dia. Faham tak? Ke tak faham? Camne eh nak explain. Kiranya macam, kononla aku kapel dengan sorang ni. Bila dia mintak gambar it turn out that aku bagi gambar orang yang lebih cantik tu pada pakwe aku. So that he will love me and wont leave me.  *sebab tu lerr kenapa member2 sengal aku ni mengamuk benor nak suruh aku putuskan dia lepas tau pasal dia tipu gambar tu. Diorang kata kalau dah tipu sekali pasti tipu lagi! Dah macam orang tua deme ni yer*
   
       One day tu, aku sakit teruk gak ah. Demam seminggu sampai first time aku kena tonsil yang bengkak besar sampai hilang suara. Puncanya sebab aku bekerja di ward yang ada ramai orang yang kena tonsilitis (jangkitan pada tonsil ). So, dah suara serak sangat. Time tuh, aku rasa aku paling seksi sekali sebab suara aku serak macam Rani Mukherji *kelipkelip mata*
   
        Time tuh la hari yang paling menyakitkan. Dah la demam, suara serak sakit tekak plak tu. Dia plak cari pasal. Atlast aku dah tak tahan aku pun mula melawan. Dia mempersoalkan perubahan diri aku. Menuduh aku ada scandal n Curang dia. Padahal dalam sesebuah hubungan, prinsip aku adalah setia selagi boleh. Tak perlula kot nak memeningkan kepala dengan scandel mandel and curang2 ni. *walaupun he hurt me lot but aku tak buat semua tuh okeh! Takde kerlasss scandel mandel ni.....!*.

         Macam2 lah ayat dia bagi pada aku. Tapi, aku berjaya tangkis tangkis tangkis macam bulu tangkis. Haha! Yang paling aku tak boleh lupa. Bila aku kata hubungan ni aku masih sayang maka jaga laa sama2. Kalau sorang macam chipsmore sorang je yang jaga pastu kena telan segala sakit jiwa n lara mana boleh.

      Time ni aku dah rasa WIN giler. Sikit pun dia tak menjawab. Dia hanya mendengar je. Paatu aku bagi lagi. Dulu kata n janji macam2 tapi alih2 tengoklah. Watsapp online tak berbalas. Kononnya busy sangat. Kalau orang nak online ke apa dituduhnya bukan2. Ingat kita ni apa? Anak patung? Suka2 nak lepas kemarahan apa semua. Tapi, belum sempat aku nak sambung lagi dia boleh cakap.

      'Tolonglah jangan nak buat suara meminta simpati! Suara sedih! ' Gosh! Time tuh aku rasa macam nak tembak dia jer!!!! *tangan sambil kepal2 ready nak tumbuk*.

         Lepastu aku keep on explain aku bukan jenis suka minta simpati but aku tengah ada sore throat apa smua still the same juga dia blamed aku. Bodoh ke hape tak tahu lah~~ *sorry kasar ayat*.

           Then last2 aku cakap aku nak rehat pandai2 pikir. Aku tak sihat. Aku nak tidur. And click! Aku off phone. Keesokkan paginya dia buat macam xde hape berlaku. *sakit hati we oll tau!* But, paginyer tu aku dah nekad yang aku nak minta putus. Lagipun bukan aku yang buat hal tapi dia! Dah lah menipu. Nak awex seksi ada liuk lentok mentok bagai. Siap request suruh pakai baju ketat biar nampak lenggok body. Aiseh!! Pada hal agama sama tu. Sedih ioll tau.

       Kawan2 aku the biggest supporter untuk hal ni. Diorang tak sampai hati nak tengok aku jadi gini. Yelah! Leps aku cerita habis semua yang dia dah buat pada aku. And one more thing,  diorang terkejut sebenarnya yang mamat tu boleh nak ajak aku 'ehem' sebelum jumpa parents dia. GILA HAPE! Mati aku kalau mak bapak aku tahu. Hurmm... Aku pun cakap dekat member2 aku. Bagi aku masa. Sebab macam mana pun aku tetap sayang dia lagi. Sebab aku ni jenis yang tak reti kapel kapel bile tak suke terua tinggalkan. Nonono... Bukan style aku. Selalunya aku akan memberi peluang. Mungkin sebab tu hati aku makin sakit. Baik sangat aku ni punnnnn.....So aku pun pikir n pikir dan pikir lagi. Last last, aku pun explain cara baik dekat dia bahawa aku tak mampu untuk menyambungkan silaturrahim ni lagi.

          Pikir aku, takdelah harsh words came out but it turns to a horror scene. Takdelah horor mana. Tak..takdelah macam cite conjuring. Dia keep on call...call....call but aku off talipon. Malas dah nak berlembut hati. Aku dah tawar hati sangat.  Actually aku ni dah banyak kali bagi dia peluang. Kalau dah banyak kali bgi peluang but it turns out zero, so what's the point right? Tapi, aku bukan putus sebab lelaki yang baru aku kenal tu tau!! NO3!! Karang korang pikir ke sana plak. Bukan boleh dipercayai korang ni! * flip hujung tudung dengan muka kerek*.  prinsip aku bukan jenis curang and tinggalkan. I give you a big NO! Cuma aku dah tak larat nak bagi peluang pada buaya tembaga yang kuat menipu. Okeh! Jom makan Peah Queen dulu sebelum tidur. *sambungan**

            last but not least, hargai apa yang ada depan mata... Jangan bila tuhan tu tunjuk kekuasaan dia, penyesalan yang korang akan rasa. Kerugian berganda.

Kisah benar tentang 'Aku'

                                      Hai!

      Dah tido ke semuanyer....... Tengah nak tunggu isya'a maka jari jari ni pun terasa nak memicit micit keyboard. Hehehe..... So, tadi first topik of today kan i ada cakap pasal nak share sesuatu pada korang right? Hehehe firstly, i nak share gambar terkini i dulu.

   
Maaplaaa kalau gambarnya tak lawa. Sebab guna enpon bese je ni. Edit nye pun xberapa sangat.

     Tapi, i yakin korang pun mesti ada pengalaman tak kirala diri you ke, orang sekeliling you ke alami macam ni kan? Xpelah. Jom shoot to the story!

Baru2 ni, aku dikejutkan dengan notification wechat aku. 'DIA??'....

       Tetibe teringatkan lagu Beyonce 'Irreplaceable' & 'If I were a boy'. Penting ke rupa paras ni? Apa jaminan bercinta dengan rupa paras? Bangga? Gembira? Sedih? Haishhh tak tahulah. Tapi, aku terasa nak share pengalaman aku mengenali beberapa lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku. Unik sgt. Perangai mcm mintak direjam. 

         Bangga dengan rupa paras maka hati pun disakiti.Aku ni taklah cantik mana pun sebenarnya. Nak kata selim melim pun tak. Tapi, itu dulu. Dulu aku akui memang aku bertubuh gempal! Macam ibu beranak sepuluhlah! Banyak kali kapel tp kecundang. Tapi, aku taknak cerita pasal ex 1 atau 2 atau 3. *macam ramai je* haha!

         Aku nak cerita aku berkenalan dengan seseorang ni. Dia well educated. Bekerja di sebuah negeri as a tutor. As a tutor he is good. I knew him from a social group. Haha! Tapi, kita tolak tepi pekerjaan tu. Now, i'm going to dive into his attitude to me. He is kind of age man. Which mean dalam lingkungan 30. Dulu, waktu baru berkenalan aku selalu bagitau aku ni gemuk, tak cantik and so on. Supaya bila bertemu dia takkan terkejut. And one day, apa yang aku rasakan tu betul! Dia terkejut dengan penampilan diri aku. Ingatkan nak kata bedak tebal ke apa. Rupanya dia nak cakap aku ni sangat gemuk dan tak mengiurkan. Start dari pertemuan awal, tulah kali terakhir juge kami bertemu. Selebihnya, bila aku ajak keluar dia lebih kepada memberi alasan untuk mengelak berjumpa dengan aku. Aku perasan kelainan perangai dia. Mula berkasar dgn aku. Kadang contact kadang tak. Nampak status watsapp online but claimed himself bz with his worksheet. Ada group study dalam tu and so on. But, i'm not stupid okeh! Kasar bahasa xperlu cakaplah itu memang terjadi. Dan mula membandingkan aku dengan Ex girlfriend dia. Katanya, dulu ex girlfriend dia seksi. Badan selim. Putih gebu. Kalau bawak jalan2 pun bangga sebab ada awex seksi and cun! Semua pandang. Maka dia pun memberitahu aku bahawa aku mempunyai spare tyre and blablabla... But aku hadam je ayat2 dia. Member2 aku selalu je memberi kata2 semangat suruh aku putuskan mamat tak guna ni. Kenapa diorang macam tu? Sebab mamat ni member aku pun dia tak respect. Ikut suka dia nak maki... Dia maki la...kenal pun tak sesuka hati. How dia maki? Ofcosla aku yang jadi bernanah telinga dengar. Ada suara member berdecit sikit je mula nak hangin satu badan. Jenis yang berjanji bagai nak rak. Kononnya nak seriuslah. Dah tua tak main2. Tak kisah awex gemuk ke kurus yang penting hati. But you know what! Cakap tak serupa bikin. Perangai kelaut betul. Then ak da mula tawar hati. But still, aku sabar. 

        One day, agaknye kuasa tuhan. Dia nak tunjuklah. Aku tergurau cakap nak ikut dia balik beraya dekat kampung sekali jump parents dia. Lagipun, dia pernah bagitahu yang dia nak serius dalam hubungan ni and akan bawak aku jumpa mak bapak dia. Ha'ah, janji tinggal janji. Memang kirim salam lah cite dia. So, aku pun da excited nak tungu jwpn dia. Tapi, jawapan yang diberikan tak memberansangkan. " you 'ehem' dengan i dulu sebelum jumpa mak ayah I''. Okeh! Dari situ aku tahu dia memang tak serius dgn aku. Well, I'm not that naive+stupid either. Aku mula berkenalan dengan seseorang dan cuba menjauhkan diri dari dia. Mamat yang bajet bagus ni. *sambungan**

Orang yang bertubuh gempal, berwajah tak chomel pun ada perasaanlah....

Hai!

Dah lama tak berblog-in. Busy giler i lately ni. Hurmmm... Macam makin banyak dekat news feed tuh. Nampak gayanya bile betul betul free i kene baca satu persatu. Btw, haritu saje bosan bosan buat luahan hati dekat sorang member ni. So, now terasa nak kongsi satu cerita. I rasa mungkin ramai akan rasa ni just a fairy tale but trust me, it's a true story. Perkara yang benar benar terjadi dalam hidup i. Boleh dijadikan iktibar dan juge pengajaran. Tapi, now masih dalam proses lagi. Tapi, i nak share gambar dulu. Hewhew....

     

Why dengan gambar atas ni? Hehe... Nanti i share tau....byeeeeeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...