Pages

28 May 2016

How to learn an easy Mandarin

Hai!
       Weekend again. Korang buat apa? Harini, jh ada kerja. Macam hari tu juge. So, tetibe terfikir. Rasa macam nak share bahasa mandarin. At the mean time, korang pun boleh belajar cara2 nya kan?! Hehe.
Firstly, common thing that we shouldlearn is actually "Han Yu Pin Yin" and dia punyer "stroke writing". Itu kalau nak belajar tip top punyer. But, now, i'm going to teach you the simplest words that you canuse as your daily language with your chinese friend. 


      GELARAN
1-  我 -wo ( saya)
2- 你 - Ni   (awak)
3- 他 - Ta   (Dia)

       Gelaran secara beramai
1- 我们 -  wo men   (kami)
2- 你们 -  ni men      (korang)
2- 他们 - Ta men      (mereka/diorang)

        Kalau numbering, jh rasa mesti korang pun tahu kan tapi takpe jh tetap nak share.

     1- yi      (一)
     2 - er      (二)
     3- san.    (三)
     4 - si     ( 四)
     5 - wu     (五)
     6 - liu.      (六)
     7 - qi       (七)
     8 - ba      (八)
     9 - jiu       (九)
     10 - shi.   (十)

*senang je kan? 

        Okay. Sampai sini je lesson learn mandarin. Nanti jh ajar pula cara tawar menawar dalam mandarin tau. See ya!!

      
     


27 May 2016

Hati

Hai!                                  



                                          

                  Nak Share.

                  Telan rasa pahit, Luah rasa sakit.

                  Anehnya bila kita mengasihi orang yang bukan hak kita tetapi dikasihi olehnya. Namun, bukan sesuatu yang mutlak buat kita untuk menghalalkan hubungan tersebut. Tetapi, ia sakit apabila kita menghasihi orang yang sememangnya hak milik kita teapi tidak dihargai olehnya. Hati.

26 May 2016

Pencarian Bloglist June 2016

             

            Masihkah ingat yang aku pernah katakan yang aku nak buat pencarian bloglist ni setiap bulan kalau sempat kan kan? Wahh malam ni aku nak rasmikan pencarian bloglist ni untuk bulan june! Actually, aku baru perasan dekat sidebar aku ada "Bloglist Mei/June" kan? Kalau tengok seolah macam dua bulan kan. Aku pon gagahkan diri cari balik entry tersebut dan ternyata hanya sebulan..Hohoho!Maaf tau atas salah teknikal hihiks!

Macam biasa, syarat sepertimana yang dulu dulu jugak. Okay meh baca lagi.
  • Wajib follow blog ni
  • Buat entry dan banner dengan tajuk entry "Pencarian Bloglist June 2016" dan linkkan keatas entry ni
  • Comment di bawah dengan link entry korang
  • Tag 2 rakan anda.
Senang kan? Meh join. Jangan segan jangan malu, kita sama sama nak kenal dan support each other kan. Ada dah yang pernah join kan? Jangan lupa join lagi, mana tau rezeki korang untuk bulan june kan! Apa lagi meh join meh! Chaiyok!

Pencarian kalini mencari 10 orang pemenang bloglist dan akan diletakkan selama sebulan. Dan pemilihan dilakukan dengan menggunakan random.org sahaja. Hihihihi! Gdluck and happy blogging!


Saya Tag :















23 May 2016

Sabar dan terus bersabar

Hai
         Teringat something. Kira perbualan jugelh. Perbualan yang diakhiri dengan rasa marah dan geram.
Aku : Semalam time aku balik keje nyaris2 aku nak excident.
adik : .....
Aku : aku nak excident pun sebb kau.
Adik : ....
Terasa amarah memuncak. Tapi. SABAR!
Aku : aku dah elok2 speed dekat kaki bukit nak naik atas dah tukar gear tiga tiba2 aku nampak kau muncul. Terkejut aku! Baru aku teringat sebenarnya kau dekat rumah.
Adik : ............
Nak marah! Dia diam terus buat bodoh je.Okeh ni tak boleh sabar dah!
                               
                                
Inilah 'adik' yang buat toya time aku tengah menyebang.
Sebuk bersih diri. Rasa nak lempang.
Tapi, takut tak comel dah!

22 May 2016

Keberuntungan menjadi manusia.

Hai!
             Harini ahad! Korang buat apa je dekat rumah? Harini Jh ada nursing home dekat rumah client. Tapi special sikitla bukan dekat rumah yang selalu tu. Ini macam private nurse gitula. Rasa2 mesti korang boleh nampak gambar yang Jh snap kan?? Nama tempat kerja kedua Jh MyflexHealth. Saje nak kerja part time. Nak asah balik apa yang nak dekat terlupa. Oh ya! JH percaya, jh xpernah cerita pun kan yang Jh sebenarnya seorang staffnurse. Hehe...tpi office je bukannye staffnurse dekat hospital atau clinic tu. Jh nurse penyelidik. So, kerja pun dekat IMR.


              Okay! Dekat myflex ni Jh jadi loccum nurse. Buat bila dipanggil like now! Ke rumahclient handle client. Bukannye seharian tapi dia bagi timing. Itu pun ikutla client request berapa jam. Macam harini, dekat jalan klang lama jh akan bekerja dari pukul 2-8pm. Tak lama pun kan!? Hehe... bukan malas tau. Tapu request. Siapa staffnurse disini atau physiotherapist yang terasa nak asah bakat semula meh komen dekat sini nanti Jh bagitahu lebih detail.
              Apa yang Jh nak cerita adalah. Harini client Jh macam biasalah is a chinese. Satu keluarga orang kaya rupanya. Kalau korang tau dekat mana Taman Desa Medical Centre mungkin korang tau kot perumahan semi-D sini. Siap ada guard! Guard kecek Klate!! Hehehe....
             Bestla juge kerja macamni. Memang ade je orang cakap. 'Why nak kerja part time? Kalau aku sabtu ahad aku rehat je' tapi tahu tak korang sebenarnya bosan kalau xbuat pape sabtu ahad. Itu kalau Jh la. Sebab Jh ni tak boleh nak duduk diam Sambil2 tu yang Jh apply myflex ni. Sambil tu bole buat side income! Kuikuikui....
             Actually, kalau kerja dekat sini kebanyakkannye orang tua. Pada jh la kan. Memang dia macam nursing home tp bila semuanya orang tua. Jh pun panggillah rumah orang2 tua berbayar. Kebanyakkannye orang cina tapi tukang masak melayu. So kita boleh lah guna perkakas dia. Solat?? Solat jangan risau. Bilik ada disediakan sekali dengan toilet. Even kalau pergi rumah client pun. Usually is chinese diorg ni xracist pun sebenarnya. Diorg siap tanya solat kite camne? Nak solat dekat mana? Diorang yang jadi worried. Than jh pun bagitahulah. Saya dapat solat dekat sini pun jadilah! Dia pun senyum senang hati. Yelah! Dia hired kite nak jaga mak dia. Kalau kite keluar kejap xde sape nak jaga dia pun susah hati. Ingat! Solat tu penting. Macam yang ostajah kite pesan dulu2. Solat itu tiang agama. Kalau kurang satu, bayangkan apa akan jadi pads tiang tu sama macam iman kite. Senang goyah dan terikut kata2 syaitan. kan??? Oh! Lagipun jh senang nak berbual dengan diorang. jh guna bahasa mandarin dengan kantonis je berbual dengan diorang ni. Nice! Tak banyak songeh. Pada diorang ni, asal kita jaga mak dia baik2 sudah.
             Btw, kalau korang rasa2 nak hired private nurse boleh la contact Jh kalau nak. Harga pun ikut budi bicara. JH tak kejam nak minta mahal2. Kuikuikui... Oh! Sebenarnya, Jh senang hati dapat kerja camni. Sebab disamping nak buat side income. Kita pun boleh berbakti untuk orang2 tua dekat sini. Jh kan dah takde ayah, maka diorang dah jadi macam ayah jh. Harap2 pahala pun sampai dekat abah jh dekat dalam kubur sana. Aminnn....
           Okaylah! Nak continue buat report. Kalau ada yang nak hired private nursing bolehlah contac Jh 01116552860. InshaAllah , kalau takde gangguan Jh sudi je datang.
             Always be happy with your life.

21 May 2016

Hadam please!

                                                             Selamat malam semua.

                                       Am i too early to wish goodnight? Or it just me with the thought??

            Tak boleh nak tidur. Terasa seperti hadam terlalu mendalam sangat kot kata-kata dari seorang sahabat Jh. Atau mungkin sebab soalan tu jenis sensitip. Maka, mata Jh pun jadi agak sensitip. huhu....

              Tahu tak sebenarnya ada sesetengah soalan ni boleh jadi soalan ynag membuat seseorang itu mengalami insomnia? have you ever imagine that? Gosh. My brain can't accept it. Jap nak share dialog kami berdua buatan Jh. Haha!

                                           
           Dialog pun habis takat tu je. Sebenarnya nak tanya, ada tak sesape yang alami mcm jh nieh? Macam mana korang berhadapan dengan orang yang suka tanya soalan camni? 'Bila nak kahwin' ' Bila nak sanding' ' Weyh aku teringin nak makan nasi minyak hg'. and so on lah! Apakah korang menghadiahkan sebijik penumbuk? sedas pelempang ? atau korang diam kan aje?

         I'm quite sensitif tonight huh? haha.... takdelah. Jh bukannya nak marah orang sesuka hati. Hanya orang yang betul2 layak kena marah dengan Jh je baru Jh tunjuk pangai. Jh bukannya jenis yang sesuka hati nak menghamburkan kata-kata marah cuma kadang tu je xboleh nak 'HOLD' kejap.

          Oh ya! Pada kawan2 dkat luar sana. Kalau boleh kurangkanlah sikit tanya soalan 'Bila nak kahwin', 'Aku teringin nak rasa nasi minyak hg' , 'Hg tak teringin ka nak berlaki? tidur berteman, ada orang boleh sembang?' , 'Hg taknak ka ada anak?'. Tahu tak soalan camni sebenarnya agak sensitif bagi orang 'YANG' masih belum ada? <== hope faham lah maksud ada tu.

          Jh faham niat baik kawan2 Jh. Cuma kalau dah kerap sangat tanya tu agak lebih sikitlah. hehe...Jangan marah kawan2... Jh cuma kongsi pendapat. Sebab, Jh cilok kata2 camni dari kawan2 jh yang ada masalah cenggini tau! Jh okay je lagi kalau orang tanya soalan cenggini. Nanti jh akan jawab balik naknak part ' aku dah bau nasi minyak ni' lepastu jh jawab ' memanglah aku dok tanggak nasi campoq mnyak utk hg baulah dia'. Nanti dia diam lah dah tak tanya benda sama. Serius!! Haha!

           Oh! Sorry ganggu korang memalam camni baca post Jh plak. Bosan. Mata tak boleh nak pejam. Tapi esok nak kena jumpa client. Haiyoooooo! Btw, selamat malam. Sayang korang.


     

Kebetulan kot

Hai

              Harini cuti, korang buat apa je? Kalau jh, macam biasa kemas rumah , mop lantai semua. Oh! btw, tengok cerita akadku yang terakhir. Lakonan Amar Bahrin dengan Tiz Zaqyah yang cantik comel tu. Haaa lari dari tajuk sikit dah ni.

                          


          Btw nak tanya, pernah dengar tak dunia novel dengan dunia realiti kita sebenarnya takde beza? Korang rasa boleh terima ke kata-kata ni? Punca Jh cakap camni sebab, ritu adik Jh cerita lect dia kata " Korang jangan tak tahu, dunia kita dan novel takde beza, yang bezanya dia dalam tulisan dan kita realiti." So, tengah kyusuk tengok cerita akadku tiba2 rasa semacam dengan perangai Irham tu. Nak tahu kenapa? Eh! Cut if off. Kalau korang setuju tak dengan apa yang Jh postkan ni? 

            Kalau ada yang alami kononnya nak sama dengan dunia novel cuba sharekan dengan Jh. Boleh kita kongsi cerita ramai2. Nanti Jh plak akan cerita Jh punyer nanti. Kuikuikui... Jh pun nak jugaklah! hehe...

 Okay. So Long!!

17 May 2016

Faham bahasa sikit.

HAI!

Nak share sesuatu.

Boleh? geram sangat sebab terpendam lama.

Hehehe..tapi guna Aku Kau. Sorry!

Baru-baru ni , aku kerja part time di sebuah nursing homes. Jadi, dekat sini ada dua shift. Pagi dan malam sahaja. Dan kebetulan hari jumaat aritu aku kena kerja malam sebab staff tak cukup. Jadi, partner aku seorang lelaki. Mujurlah dia sangat memahami dan memberi ruang kepada aku untuk beristirahat di ruang atas dan dia pun turun ke ruang bawah.

Jadi.

Aku nak kongsi disini adalah apabila kau berhubung dengan manusia yang tak berputus asa dan tak faham bahasa walaupun lenggak lenggong kita sudah cukup menunjukkan yang kita langsung tiada perasaan dan meminati sipulan tersebut. *Panjang nafas aku*

Aku sangat janggal jikalau berhubung dengan orang yang aku tidak pernah kenal. Namun, oleh kerana pekerjaan, aku terpaksa meringankan mulut aku. Lelaki yang satu shift dengan aku nama dia rahsia lah so aku letak yang tipu aje. ' Zack' lah! Modern skit.

Jadi, beberapa jam sebelum tamat shift kitorang kenalah buat hygiene care pada orang tua-tua tu. So, start dari tu dia tanya pasal fb apa smua. Tapi yang kelakar, kenapa mesti kena tanya 'TAK APA KE ADD NI? PAKWE TAK MARAH KE??' <- apa punyer pickup line dia pantang aku adalah bila orang menanyakan soalan macam ni. Maka, dengan penuh kesabarn aku menjawab "kalau setakat nak add bese2 add jela tak perlu kot tanya soalan macam tu". Walaupun terasa kemarahan dihujung tanduk. tapi aku sabarkan saje. Nasiblah, kesabaran senipis kulit bawang merah memang cammni. Lepastu, sebelum balik dia bertanya kan nombor talifon aku, jadi aku beritahu dia nombor talifon aku kerana katanya senang untuk menghubungi berkaitan dengan pekerjaan. Selepas tu, aku pun balik. Tapi , bila sampai rumah aku perasan ada nombor takkenal masuk. 

Tak kenal (Zack) : salam

Aku  : wsalam

Tak kenal (Zack) : dah sampai rumah ke?

Aku mendiamkan diri dan membisu. Namun, zack tetap menghantar mesej lagi.

Tak kenal (Zack) : Dah bekpes ke?

Aku membisu juge.

Tak Kenal (zack) : Saya nak berkawan dengan awak tak pe ke?

Tiba-tiba aku rasa meluat dengan manusia yang aku baru kenal 12jam ni.


Esoknya, hari ibu, aku membawa ibu aku pergi buat facial sempena hari ibu. Tiba-tiba dengar bunyi mesej masuk. Oh! Dia rupanya..... Dia tetap buat pick up line busuk dia tu. *sorry termarah busuk sebab tak nak guna ayat kasar2*  Oleh kerana terlalu geram aku pun balas.

Aku : Kalau tak de pape penting pliss jangan text. 

Tak kenal(Zack) : saya serius nak berkawan dengan awak

Aku : Saya tak nak berkawan dengan siapa. tolong jangan ganggu saya. salam

Memang aku terasa kejam, tapi kalau orang tak faham bahsa walaupun dah beratus kali kita explain dan berlembut tak faham bahasa, wajib dibahasa kan. [dah pernah terangkan pada dia semasa dihome care dan text2 sebelum2 ni ]

Tak lama lepas tu dia mendiamkan diri. ALHAMDULILLAH!!

Tetiba kemarin dia mesej lagi. Aku dah reda kemarahan. Maka, aku balas dengan penuh santun. 
Tapi, jangan sangka air berkocak takde bahaya nyer. Begitu juga muka ayu aku ni jangan sangka tak garang, aku garang sebenarnya. Ini cuma topeng je kekekekekke.

Contoh gambar bertulis tangan sendiri.

Nak tahu tak kenapa aku hangin sangat dengan mamat tak faham bahsa ni? Sebab dia memang tak faham bahsa.

Contoh gambar bertulis tangan sendiri.

Hari ni, dia text aku lagi. Maka, berapa juta kali perlu aku terangkan bahawa aku memang tidak berminat dengannya?? Ya Allah, api kesabaran aku dah terbakar meluap-luap dah ni. Nasib takde fire extinguisher. Kalau tak abis 10 tong pun tak cukup gak.

Maaf, aku bukan biadap. Aku bukan jenis suka berkasar dan aku bukan jenis suka melukakan hati orang lain. Tapi kalau tak faham bahasa sangat memang kesabaran tu takkan bertahan lama. Bukan aku tak nak terima pelawaan dia, tapi kita ni bukannya hidup dizaman tok nenek kita. Tengok tapak tangan je dah boleh terima. No! Baru 12jam kenal, dah berlagak macam nak masuk meminang. fuuuuuuuuuuhhhhhhhh < mengeluh.

Sebenarnya di sini, aku nak kongsikan bahawa, jadilah orang bertimban rasa sikit. If, people say 'yes' mean 'yes!' Then adalah ruang tu, maka cepat-cepat mencelah. Tapi , kalau people say 'no' mean 'No!" So, stop annoy aku please. Gosh! Orng macam ni memang tahla.....


Terasa macam sedih.sebab tak suka buat orang lain kecik hati and etc.

Last but not least.

Guys, pilih benda yang boleh buat kau rasa happy. 
Jangan kerana terpaksa dan nak jaga hati, kau turutkan aje. 
Lama-lama binasa nanti.
Sendiri makan hati.

Sekian.

Aku minta maaf kalau ada yang tak setuju ke, tak suka ke, atau benci dngan post ni aku akan delete.
TQ GUYS!

13 May 2016

Segmen: Sayang Followers Elsa by Elsaalicious

                                   


Segmen: Sayang Followers Elsa by Elsaalicious

Jom kita ramai2 join segmen elsa....

Saya Tag :

+Umie Yana  & +Noraihan Qusyairi 

6 May 2016

Menang dari perlumbaan dunia akhirat bukan mudah. Hospital Beyond Boundaries Kampung Cham, Cambodia

Hai!!

Sehat??

Nak ber Aku-Kau yer. Hope tak marah. ngeeeeeeeeeeeee

Salam jumaat semua. Bagi kaum Adam jangan lupa untuk bersiap2 menunaikan apa yang fardhu yer.

            Macam gempakkan title story Jh kali ni? Hurmmmm " Menang dari perlumbaan dunia akhirat bukan mudah. Yup sangat tak mudah. Tapi kalau takde usaha, silalah jadi macam mat jenin banyak berangan akhirnya sendiri rugi. Hurmmm... tak menguntungkan. But, kalau usaha tu ada, walau susah macam mana pun kita tetapkan akan berjaya mencapai apa yang kita inginkan. Right?? *Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Faizal tahir-menang*



               #Throwback#  Tadi sembang dengan member actually merangkap doktor. Chumel..chumel but jenis tahan lasak ala hipster! HAHAHA!! *mampus aku bila dia baca nanti* Nama dia pun macam sesuailah dengan dia kan. But i called him Nan. Teringat aku pada roti cheese nan meleleh SEDAP!!  So, back to my story. He is quite adorable man-kind dan sangat pantas buat kerja. Apa yang aku boleh explainkan. He is a good doctor. Like seriusly yes!!

Ini Hanan


       [    Ini Hanan. Nama sebenarnya dia Wan Abdul Hanan.  Bergetar tak tulang rusuk korang tengok gambar ni.  He's type of funny guy. Jenis yang outspoken tu takyah cakap. Kuat sakat pun yer. HAHAHAH... Tapi apa pun he is a nice guy. ] hashtaghashtaghashtag <gedik sangat haku!!
         


                Apa yang aku nak ceritakan adalah. Sedang aku lepak dengan dia. He showed me something. A book. Quite interesting. Tengok tajuk maybe like boring but once you open the book and read each part of the story, you'll feel like it suck  you in. Macam kita yang ada sebagai characters didalam buku itu. Nanti try cari dekat MPH "Apokalips" best! Oh ya! Sebenarnya aku nak share tentang satu perkara. Jom bernada serius sikit.

                                                           DONATION
donation is a gift given by physical or legal persons, typically for charitable purposes and/or to benefit a cause. A donation may take various forms, including cash offeringservices, new or used goods including clothingtoysfood, andvehicles. It also may consist of emergency, relief or humanitarian aid items, development aid support, and can also relate to medical care needs as i.e. blood or organs for transplant. Charitable gifts of goods or services are also called gifts in kind.

             Donation atau erti kata lain, menderma. Why aku cerita berkenaan dengan derma dan apa kaitan dengan Hanan a.k.a Nan right? Sebenarnya, aku nak kongsi satu cerita yang sangat-sangat mulia pada pandangan aku. Perbuatan mulia yang aku percaya bukan semua mampu buat. Hanya yang terpilih 'oleh-NYA' sahaja mampu membendung perkara sebegini.

           Okay. One thing that i'm going to ask you is "Do you know what is HBB 'HOSPITAL BEYOND BOUNDARIES"? Do you ever realise about this hospital is actualy exist?? YES! Sebenarnya HBB ni sememangnya wujud. 
http://www.hbb.org.my/ < click sini
Nan pandang mana pun tak tahulah haha

                                     
                                                                                    
            Hanan dengan best friend and the others friend *mengada ayat aku*  sebenarnya yang telah bersama-sama membangunkan hospital ni disalah sebuah kawasan di Phnom Phen.

           Tapi sebelum tu nak tanya koranglah. Penah tak baca novel Melur Jelita? "I Love You Stupid"? Kalau yang kaki novel ni mesti pernah baca *siapa ada novel sambung ilus?aku nak. sobsbobs buku tu dah tak jumpa kat kedai*  Kalau luar nampak macam buku novel cinta biasa je kan? Tapi, sebenarnya isi dalam novel tu sangat-sangatlah mendalam. Kehadiran Inspektor Ebrahim sebagai abam pedas telah menggugat keegoan Iris. 'Si pembunuh cinta'. Namun, kerna Firman hatinya mulai lembut dan Iris yang dulu bukan lagi sepertinya yang kini. Mengenali orang-orang Cham, kisah suka duka orang Cham telah merubah Iris yang sememangnya hebat dengan sikap yang angkuh adn sombong itu kepada gadis yang sangat merendah diri. Namun, disebalik cerita kisah cinta firman Ebrahim dan Iris, kita juga dapat mengenali keadaan Kemboja melalui cerita-cerita yang telah diilmiahkan oleh penulis dengan mewujudkan jalan cerita yang menarik. Aku mengenali kewujudan kampung Cham dari cerita yang telah disampaikan oleh Firman Ebrahim kepada pembaca-pembaca diluar sana termasuklah aku*yang comel lottier*. Bagaimana kehidupan orang Cham semasa perang Pol Pot. Terseksanya mereka diseksa sehingga ada yang terpaksa menahan rasa sakit dihati. Terpaksa mengorbankan diri demi agama dan bangsa yang dicintai kepada orang-orang kejam yang cuba untuk menghapuskan puak ini. MasyaAllah, sedih sangat bila melawat musium Pol-Pot. Apa yang aku rasa? Aku rasa marah, geram dan sedih bila mengenangkan nasib-nasib orang Cham. Okay back to the story. 


                                                                                     

Kalau yang jenis lemah semangat lebih baik tak payah masuk musium tu.

Ini gambar yang paling aku tak suka dan jijik sangat!!
Menurut cerita , askat-askar polpot akan bermain teka-teka. Dan disetiap teka etki ersebut akan adanya manusia yang terkorban. Permainannya adalah teka jantina bayi. Perut ibu dilapah hidup-hidup lalu bayi dikeluarkan adri perut. Sekiranya apa yang diteka itu salah akan dilambung dan dibawahnya terdapat tombak menunggu.
             
Ada yang mengatakan wajah half dalam gambar tu sebenarnya hantu toul sleng.
Entahla!!




Introduction

   #temuramah#   Hospitals Beyond Boundaries (HBB) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan misi memberi khidmat kesihatan di tempat-tempat yang paling memerlukan. Misi ini tercapai melalui pembinaan klinik-klinik dan hospital-hospital yang tidak berasaskan keuntungan.
Selaras dengan nama pertubuhan , kami melihat ‘beyond the hospital boundaries’, bererti kami juga menitikberatkan keadaan pesakit di luar hospital, termasuk keadaan tempat tinggal, nutrisi dan pendidikan kesihatan.
Kami percaya bahawa kemiskinan dan kesihatan adalah dua perkara yang sangat berkait rapat.
Kami berpegang pada prinsip “cukupkah jika kita hanya merawat pesakit dan kemudian menghantar mereka pulang kepada keadaan asal yang menjadikan mereka sakit?”

         Fokus utama HBB adalah menyediakan khidmat kesihatan komuniti, terutamanya kepada golongan yang kurang mampu.#


             Perkara yang paling aku ingat adalah, for those patient who come to HBB yang tidak mampu untuk membayar rawatan tidak akan dikenakan sebarang bayaran atau denda. Tetapi, sebaliknya for those yang capable untuk bayar akan dikenakan bayaran. Mengikut kemampuan. *mulianya mereka ni kan??not everyone can be as noble and good as this.*



                Kalau korang nak tau, kita pun boleh join diorang untuk sukarelawan ni tau. Every two month diorang ada trip ke Cmbodia. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang bolehlah like page  Hospitals Beyond Boundaries atau twitter pun boleh. Diorang akan sentiasa Hupdate cerita-cerita baru tentang HBB ni. InshaAllah ada rezeki aku pun nak pergi. 
  .
               

                Perkara yang paling menarik , puasa dah nak dekat. Kalau korang rasa malas nak berjalan dekat bazaar sebab panas kan? Nak buat amal jariah sampingan pun dah susah kan? aApa kata korang rajin-rajin click pada http://donate.hbb.org.my/ link ni.
HBB
Help needed people

                                                

Atau, diorang pun ada buat macam Public Health. Nak tahu lebih lanjut tekan pada 'public health' yang dah di highlight biru tu. 

         [ "We give talks and do campaigns to increase the awareness about the healthcare situation in other                   developing countries. We welcome invitations to any events that is related to the work that we do. "]
        

Atau, membantu dari segi Fundraise. *nak explain tak gheti! ampun!!* Click pada perkataan Fundraise yang berwarna tu nanti keluarlah linknye. Atau untuk baca temuramah pengasa HBB dengan lebih lanjut bolehlah tekan pada > HBB.

                  Apa


Nak belanja gambar sikit

                                   
                                    

                                                            

                                          
                                                      


HBB is located at Km 8, Sangkat Chrang Chamreh,
    Khan Russeykeo, Phnom Penh, Cambodia.
    A hospital built by Malaysians for the people of Cambodia
       Okay! Takde gambar hanan sangat. So, tak boleh dah nak getarkan tulang rusuk korang. Okay bye!! Selamat membaca. Kalau ada yang terkurang tu ampunkan saya.


I love Friday

Assalamualaikum

Abam2 sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat di mesjid-mesjid berdekatan?? Alhamdulillah if so...... Nak tahu tak, Hari Jumaat pun ada terkandung sunnahnya sendiri.

Antara sunnah yang disampaikan oleh abam sado dalam gambar
                Well said, Aku percaya hari Jumaat adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang Islam kan? heeeee...... Same goes to me...haha nak tahu tak kenapa??

                Tempat kerja Aku berdekatan dengan masjid negara yang tersergam indah ditepi jalan raya yang menuju ke Dataran merdeka.
View from te top of Masjid Negara


                     Besar oh masjid ni. And Aku sangat kagum bila menapak masuk ke dalam masjid ni. Ni antara masjid ke tiga after masjid-masjid di Putrajaya yang aku suka sangat-sangat!! Kalau korang tengok wiki, memang banyaklah sejarah masjid negara ni. Tapi benda yang paling aku suka adalah..... Pasar tani bersebelahan dengan masjid negara. Setiap hari jumaat, aku wajib mengosongkan perut dari khamis malam jumaat sampailah jumaat tengah hari. Sebab, dekat pasar tu ada variety of food yang korang boleh beli. Sedap-sedap plak tuh! Takde gambar nak share tak terfikir plak nak snap tadi. Siapa yang kerja berdekatan dengan Klinik Tangling, JKWPKL dengan Malaysian Medical Council. Pasti korang tahu. Kan..kan...kannnn!!! hahaha..excited bile cerita bab makanan ni. Dekat pasar tani ni korang boleh dapat macam-macam makanan termasuk kambing bakar sedap! Serius sedap. Dia bakar daging kambing yang dah dihiris-hiris then dia pack kan dalam bekas plastik. Hari tu saja try. Dan memang sangat menakjubkan! Oh ya! Dekat pasar ni, aku suka beli tou fu fa dekat gerai acik ni sederet dengan kedai jual sup-sup berhadapan dengan mak cik jual buah delima.

                  Panjang pasar ni adalah macam mane nak cerita eh..hurmmm..tak reti nak cakap dalam KM ni.... ibarat macam dari times square nak seberang ke Low Yatt ..hehehe.... Lagi satu yang aku suke beli dekat pasar ni adalah nasi ayam. Sedap! hahaha yang pasti semua makanan yang mengenyangkan sedaplah. Hurmm apa lagi eh..tak de kot..okayla bye..nak sambung makan.. SAYANG KORANG SEMUA. *muah ciked* *jangan kecam hakak*                


                       














5 May 2016

HINA SSANGATKAH MENJADI GEMUK? MULIA SANGATKAH KURUS?

Assalamualaikum! Hai!!

Jom kita bersantai kejap. Terasa macam nak berkongsi cerita sikit. Cerita yang mungkin boleh dijadikan iktibar buat kawan-kawan dekat luar sana yang membaca blog saya ni.

              Setiap kali, aku melalui mana-mana pelusuk yang mempunyai cermin, pasti aku akan meneliti bayang-bayang yang terpancar akibat refleks tersebut. Tengok ada perubahan pipi tak....perubahan ponggong ke tak....ada perubahan segala perubahan tak...memang dah jadi habitlah sebab dah selalu sangat buat macam tu kan.

Gambar semata2.
              Oleh kerana kisah silam yang agak lampau, aku menjadi phobia/Bulimia/ Anoreksia terhadap makanan yang masuk kedalam badan aku. Setiap kali masuk sesuap, setiap kali tu juge aku akan merungut. "Alamak dah gemuk!". "Aku dah tak muat baju ni!" Habislah aku diet rosak!!" "Hadap cermin nampak macam maria 200 pounds tu." Tapi sebenarnya semua tu just imaginasi je...It's not true at all...... Why did this happen tu me? Meh aku cerita.

                Lepas tamat pengajian aku sebagai pelajar SPM, maka aku pun officiallylah menjadi mantan convent tempat aku belajar. Time tu, aku masih chubby*taknak guna gemuks rasa tak best!!*. Aku berkenalan dengan seorang mamat ni. Kitorang rapat. Rajin text apa semua. Until timbul rasa sayang. Kerja pun dia selalu datang and makan sama-sama. Kitorang sempat couple. One day aku dapat tawaran ke MMC Taiping. Aku belajar subjek Engineering. Time tuh masih lagi aku couple dengan mamat tu. Aku namakan dia 'A' jelah yer. Lama kelamaan tengok dia lain macam. Bila like fb dia terus dia mesej suh jangan buat macm tu lagi. Kalau boleh tak perlu komen takut nanti kawan2 perempuan dia tanya. Macam-macamlah. AKU MULAI RASA TIDAK SEDAP HATI. One day, a girl contacted me. Dia tanya.

                Girl : "Hai? "
               Aku  : Hai. yes?
               Girl : You cousin Si 'A' kan?
                Aku terdiam dan terkesima. Aku pun balas.
               Aku : Why?
               Girl : O takde sebab dia pernah cerita pasal u.
               Aku : Ni siapa ye?
               She introduce herself to me and she said that she's 'A'S girlfriend.
               Aku : Oh!

               Then terus tak contact. Aku tanya lelaki tu and dia main sumpah-sumpah but then aku diamkan diri. He tried to contacted me but i never replied all his messeges and calls. Dia juga pergi ke Taiping semata-mata untuk bertemu dengan aku kononnya untuk menunjukkan dia tidak bersalah. Namun, aku tidak hiraukan. Hati aku terlalu keruan dan terasa ingin menghubungi gadis yang menegur aku tempoh hari. Baik orangnya. Kenapa aku kata baik? Sebab cara dia menegur aku tidak kasar. One day, Allah memperkenankan doa aku. That girl contacted me.

               Girl : Hai.
               Aku : Hai. Any?
               Girl : Saje je nak ajak borak. Bz ke?
               As usuall lah kita akan balas apa kan? And dari situ kitorang berkenalan. I called her Chenta. She is nice. Soft spoken and hard to get angry. And dari A-Z dia menceritakan semuanya pad aku. Dan baru kini aku tahu perangai sebenar dia. Bukan setakat kaki perempuan tetapi juge gilakan perhatian perempuan. Gosh! JERUNG??!

Gambar semata-mata.

                   Since than aku tak contacted dia.Aku beri amaran kepada dia untuk tidak mengubungi aku. Namun, dia cuba stalked FB aku. Lelaki sycho. And dia cuba menghubungi aku. Ah! Dari apa yang diceritakan dari Chenta kepada aku. Sangatlah bencinya aku kepada dia. Aku pun move on. part tu aku tak cerita sebab tak penting. Tapi ada sesuatu yang aku nak kongsikan. Rupanya, Chenta beritahu aku kakak2 mamat ni kutuk2 aku dan Chenta bertubuh gempal. Mereka siap bertanya why ko suka sangat dengan perempuan gemuk? *Hina sangat kah??*

                  Tak sampai setahun aku belajar engineering. Aku mendapat tawaran sambung belajar ke Kolej Jururawat mengikut panggilan SPA. Seperti biasa rutinku. Namun, tubuh aku menjadi semakin gemuk. Sehinggakan aku merasakan rendah diri. Ramai lelaki yang aku kenal tetapi diorang hanya mengambil kesempatan. Mujurlah aku tak bodoh lagi! Aku masih dengan body aku yang asal namun semakin membesar. Sudah macam cara aku buat tapi faham-faham jelah makanan dekat Pilah ni sdap sangat!! One day, aku kenal seorang lelaki dari satu laman sosial. Dia memperkenalkan diri dia dan kami mengenali dari situ. Aku namakan dia Si 'B'. Selama berbulan aku mengenali dia. Banyak juge dia menceritakan pada ku. Satu hari dia bertemu dengan ku. Dan esoknya dia memberitahu dia tidak menyangka yang tubuh aku segempal itu mengikut ceritaku. *Aku ada memberitahu padanya bahawa aku seorang gadis bertubuh gempal*. Dan lama- kelamaan. Dia mula bercerita yang dia menyukai gadis bertubuh langsing, free hair dan seksi mengenakan apa2 pakaian pun. *sh*** huhu... Dari situ aku mula menjauhkan diri dengan mengenali lelaki lain. *Hina sangat kah!* Kerana ternyata dia seorang lelaki yang malu mempunyai teman wanita yang gemuk. Tetapi masih menghubunginya. Namun, lama kelamaan aku mejadi muak dengan sikapnya yang semakin acuh tak acuh dengan ku. Ada kala dia tidak membalas mesej ku walaupun ada blue tick. Katanya bz? Tetapi moment sentiasa up? Oh no! Jerung juge rupenye........

                     Lelaki yang baru aku kenali itu seorang pelajar dari kolej lain posting di ward yang sama. Begitu juga perkenalan kami. Nama dia aku beri Si 'C'. Berjalan seperti biasa. Itu ini itu ini. Dan sehingga dia beritahu dia ingin melamar aku menjadi teman wanitanya. Okay fine. Waktu tu aku tak syak pape lagi. Jadi aku pun menerima. Sejurus kami bercinta dia berubah. Dia tidak suka bercakap dalam talipon sedangkan katanya perkara paling dia gemari adalah bercakap dalam talipon. Okay fine. Aku tahan sakit. Dan makin lama makin tuhan nak tunjuk. Slow-slow aku dapat tahu dia sebenarnya malu untuk mempunyai awex macam aku. Dia tak pernah mengaku aku ini awexnya didepan kawan-kawan dia yang lain. Katanya dia tidak mahu kawan2nya mengutuk aku. Dia juga pernah menipu aku katanya dia telah mengenalkan diri aku kepada ibunya melalui bercerita. Namun, dia tipu pun sebenarnya. Kalau aku up gambar kitorang dekat Wechat dia akan marah aku dan arahkan aku untuk delete segala gambar. Moment dia pun dah hide dari wechat aku. Dengan alasan sudah delete. One day, aku dapat tahu dia tunang senyap2 dari seorang junior aku. Yang aku pelik dia xkisah kalau post tentang awex dia di wechat, instagram acah sweet sangat dengan tunangnya itu. Tapi, sebenarnya dia masih kapel dengan aku but dah hambar. Takpe. Aku terima segala penipuan dia keatas aku. Tapi ternyatalah aku ni bodoh ditipu hidup2 kerana baik hati sangatkan. Dia minta putus dengan aku pun sebelum aku tau dia bertunang senyap2. Katanya dia tak bahagia dengan aku so aku pun lepaskan lah orang yang kata macam tu pada aku. Namun, sedikit air mata pun aku tak keluar. Buat apa untuk bersedih dengan lelaki tak guna macam tu? Ada reason ke? Takde. Hurmm...kawan aku nasihat pada aku. Baik kau kuruskan badan. Aku tahu dia malu dengan kau. Malu nak keluar dengan kau dan aku pun tahu dia tak pernah mengaku ada awex macam kau kan? So kau buktikan pada dia kau boleh cantik. Biar dia tercari-cari kau semula. Aku terkesima. Aku mengakui apa yang diperkatakan oleh kawan aku itu ada benarnya. Aku mulai menjaga badan serba sedikit. Macam2 cara aku cuba dan cuba dan cuba dan tak pernah putus asa. Like seriusly! Dan tidak lama kemudian aku mengenali sejenis produk yang betul2 buat aku berjaya menjadi kurus. Dan one day, aku mengubungi lelaki ini untuk memulangkan segala barangannya dengan add semula wechat dia kedalam wechat aku. Dari situ mungkin dia melihat segala perubahan dalam diri aku. Namun dia silap, aku sudha membencinya. Dan selepas aku mengemas sekali lagi barang2 aku. Masih ada lagi rupanya barang dia tertinggal pada aku. Jadi, aku pun menghubugni lelaki itu. Aku tak suka simpan barang orang lain kerana aku xnak ada apa2 barang pun yang tinggal lagi dengan aku. Bila aku just minta address, dia cuba nak mesej mesra dengan aku. Well! Aku pun amik peluang aku dengan hentam*sinis je* dia dengan pelbagai kata2.

                  Aku:   "Thanks sebab dulu tinggalkan I. Sebab U curang dengan I dulu. Now i dah bahagia dengan dia." "Kalau bukan sebab you curang mungkin i masih ditipu oleh you lagi dan lagi...... Lagipun you mana nak perempuan gemuk macam i kan??Semoga bahagia."

                       
                   Si 'C' :   " I tak bahagia dengan perempuan tu."
   
                   Aku : "Kenapa tak bahagia? bukan ini jalan you pilih?"

                   Si 'C' : "You takkan paham kalau ini pilihan keluarga."

                     Dan aku berdailog dengan kawan aku yang jugek kenal C ni. Kata kawan aku, kalau pilihan keluarga kenapa siap post dekat moment ber 'sweet2' dengan tunangnya itu? Siap komen 'sweet' 'baby' 'Honey' 'Love You' dekat instagram and wechat?? Kata kawan aku lagi, dulu bila dia pilih perempuan ni dia juga pernah berkata perkara yang sama pada aku kan? Jadi dia juga akan melakukan yang sama pada perempuan tu sebab aku  dah cantik dan tak gemuk sekarang. Ah! Dasar lelaki.

                   Aku : "Kalau I tak faham takkanlah you boleh kata you tak bahagia dengan I and bertunang dengan orang lain kan? Kalau pilihan keluarga takkanlah you senang2 nak terima perempuan lain and tipu i kan? Face the fact! Jangan sia2kan hati perempuan tu kalau you tak nak dapat balasan teruk dari tuhan. Jangan ingat hati manusia ni macam kertas dah koyak buang. Lastly i nak kata. Thanks for everything. I dah bahagia kalau kahwin nanti i jemput. Bye"

                 Dan dia? Tidak berkata apa-apa hanya 'bye'. Lepas beberapa minit aku terbaca dimoment dia yang dia sangat sedih dan kecewa dan menyesal. HAHA! siapa suruh. Aku seorang perempuan yang sekali sayang setia selamanya. Jadi, kau yang sia-siakan aku, maka terimalah!

                        Ada satu lagi kes pula. Kawan kolej sendiri kutuk aku depan kawan-kawan lain dengan menayang gambar aku dengan mengatakan "Weyh! Korang! Korang pernah tengok tembun bergambar tak? Kalau korang nak tau. Inilah TEMBUN yang bergambar tu!" Kata member aku pada kawan-kawannya yang lain. Aku dapat tahu pun sebab si pemilik handphone tu sendiri yang ceritakan pada aku. Dia memberi semangat pada aku untuk membuktikan pada semua yang aku boleh kurus.

                          Maka, pada satu harinya. Kami bertemu dan dia tidak mengecam kehadiran aku. Dia terkejut melihat aku!!! Katanya aku semakin kurus dan dia pula semakin gemuk *dalam hati aku berbisik 'itulah karma'. amin!!* hewhewhew......
               
                            Last but not least, aku pernah lalui zaman gelap. Zaman aku dihina, dicerca, dikutuk, dicurangai kerana aku TER lalu gemuk, TER lalu buruk, TER lalu tak seksi, TER lalu hodoh. Namun, jangan ingat TER aku ni tak boleh nak bangkit. Sekali bangkit semua yang kutuk aku hina aku akan tumbang! SEKIAN!! geram plak aku cerita.

                               Nak tanyalah, Hina sangat ke gemuk ni? Bertubuh gempal, Berkulit gelap? Hinakah??? Apa ingat orang gmuk tak cantik?? Inilah manusia, bila wujudnya perkataan cantik lawannya hodoh, gemuk lawannya kurus. Maka semuanya hendak dibuat perbandingan. Apa2 pun Aku nasihatkan supaya yang gemuk nak jadi kurus tu jangan berputus asa. TERUSKAN!!




                               

Berjanji? Kutu?

Gambar semata2
                Hai!!

                Mesti korang tertanya-tanya. Why? dengan gambar tu?

                Okay, kalau korang..korang nak bagi jawapan apa? 
                               
                                           
Hanya gambar semata2 aje
                   Takde beza yang Jh cuba nak sampaikan diantara gambar 1 dengan gambar2 cuma jalan cerita dia berbeza. Right?? Now, lets go thru dengan apa yang Jh nak ceritakan.

                    TRUST! Something yang quite look simple but it's hard to handle with. TRUST? Jangan main-main kalau orang dah beri kepercayaan kepada kita. Ibarat cermin yang dihempas keatas lantai dan tiakkan dapat dibetul dan dicantik-cantikkan seperti sedia kala. okay?

                    Why tiba-tiba I cakap pasal ni? *cieh!Tetibe nak ber 'I'.*               

                    Nak tahu tak? Dalam sesebuah hubungan. Tak kira 'family' ? "Friendship"? "In a realtionship"? trust tu sngat penting. Kerana dari kepercayaan itu kita menjalin hubungan antara satu sama lain. Tahu tak, kerana trust itulah korang boleh menjadi sangat rapat dan kerana trust itu jugalah korang boleh menjadi saling membenci infact memusuhi. Right?

                     Actually Jh nak share something yang quite entah, commonly happen maybe? In our life? Our society? Mungkin??

                     One day, si 'BFF' dan si 'BFF' bercerita mengenai duit. And si 'BFF' mengesyorkan untuk mengajak yang 'bFF' <--MESTI KORANG PENINGKAN?? Okaylah sebut camni Bff A dan BFF B lah!! So Bff A ni ajak Bff B ni join main 'kutu' bukan cari kutu dekat rambut macam time korang zaman sekolah rendah dulu haaaa.

Gambar semata2
                    So bila dah join should around total yang dibayar mengikut jumlah orang main tulah kan. But tunggu punyer tunggu. Alhamdulillah Bff B punyer tarikh akhirnya tiba. But! The sad thing is, dia punyer kena postpone sbb Bff A ni cuti tak dapat gaji lagi maka ganjakkan tarikh pada hari akan datang. But, Bff A bagitahu pula tak pasti dapat atau tak pada tarikh tersebut kerana kemungkinan ramai yang cuti. So, kerana fikirkan persahabatan tersebut dia pun membiarkan saja. Yelah! Dah kenalkan.Hati tak sedap sebenarnya. Sebab sebenarnya logically thinkinglah kan, takkan korang ni tak boleh bank in kottttttttttttttttttttt. So, tarikh yang dijangka telah tiba, sekali lagi Bff A mesej minta nombor akaun. Lepas dah settel semua Bff B check and kurang satu angka. Right! Then lepas dah text tanya apa semua.... then Bff B decide untuk 'Halalkan' saja apa yang kurang. Tak pelah. Anggap member tengah ada masalah. But the thing is, Trust dah takde lah! So, Bff B pun nekad, lepasni tak nak main Kutu dengan this Bff A lagi. First and last and no more!! Sebab, kalau nak kata dia susah. Then why get married? Jangan mengeluh takde duit selepas kahwin. Pilihan mak bapak ke? No! Kau jugak yang nak cepat kahwin kan. BERDOSA tau!! Second, don't blame sebab duit minyak. Bullshit sangat! *Oppss tercarut!!*                  
                 Last sekali nak cakap, tak kisahlah apa pun janji tetap lah janji. Once broken, no more trust. Beware bermain dengan janji tau. Kawan ke lawan. Tetap kena berhati-hati.

                 Apa-apa pun nak pesan, be a good one. Allah will repay what you did. Karma is everywhere. What goes around will comes around *teringat JT nyanyi lagu ni*.









                                                     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...