Pages

25 Apr 2016

Kereta beranak pinak yang menyusahkan semua orang.

Hai!!

Nak ber Aku-Kau yer!!

Semua sehat?? hehehe.. Dah lama tak jenguk Blog. Nak wat camne...kerja..sebuk dengan duniawi......redho...... Jomlah nak terus masuk ke jalan cerita pulak yer.

Gambar semata2
     
             Aku percaya semua orang ada side mirror. Yang takde side mirror hanyalah kereta sorong dan basikal. So nak cerita pasal side mirror pulak nieh tau. Get ready dengan gear. GO!! Apa fungsi side mirror??              

             wing mirror, also known as the fender mirrordoor mirror, or side view mirror, is a mirror found on the exterior of motor vehicles for the purposes of helping the driver see areas behind and to the sides of the vehicle, outside of the driver's peripheral vision (in the 'blind spot').<wikipedia            
             Heh! Wikipedia pun ada cerita tau fungsi side mirror/wing mirror/ rear view mirror *sama je makna semua. Side mirror ni kita guna time nak konar kiri dengan kanan kan? Nak tengok ada kenderaan lain ke tak. Atau ada penghalang ke pe kan? Kalau koranglah...korang guna side mirror fungsi apa pulak yer? Jh bukan setakat tengok kiri kanan, makeup sambil redah jammed pun guna side mirror HAHA! *acah bangga serba guna konon harap takde abam polis yang sixpack macam polis evo lah!!   
           
              Sebenarnya dah banyak kali dah kena. Walaupun dengan kereta yang berbeza. Warna kereta yang sama tapi nombor plate yang berbeza dan jantina yang berlainan lah!.

               Setiap kali kalau nak keluar simpang mestilah kita akan tengok simpang kita ada kereta ke tak. Kalau rasa taknak toleh kita akan intai side mirror kan?? Samalah dengan Jh. Tapikan tak tahulah kenapa jantina yang sama ditempat yang lain, kereta yang berbeza dan nombor yang berbeza tapi jantina yang samalah! *taktau berapa kali nak sebut sama, berapa kali nak sebut lah. Tapi yang pasti erti LAH tu sebenarnya tengah marah* 
                     
                Pagi tadi, Jh nak pergilah office. Setiap kali nak pergi jalan kuching memang laluan tu paling cepat and paling singkat. Tapi crowdedlah! Crowded yang amat!!*amat tu besarkan sebab nak gambarkan rasa crowded yang terlalu tu tak tau camne*   Walaupun orang kata, ala kau tak payah baik sangat nak bagi signal, kau keluar je nanti pandailah diorang elak. But do you know? even with side mirror but without using your stupid foolish brain*SIGNAL* sangat bahaya!!! Dan kereta korang boleh saling kiss-kiss sambil boleh menjadi beranak pinak?!!!!! *Geram sangat*
kemalangan beranak pinak

Image result for kemalangan kerana tidak menggunakan signal
Stupid Foolish Brain *SIGNAL* yang dituliskan tadi.
                                               
                Why beranak pinak. Sendiri paham2 sudah. Tau tak semua tu akan mnyusahkan para pengguna jalan raya? Kerana orang degil cerdik pandai menyebabkan semua orang lambat pergi kerja? sampai ke destinasi yang ditetapkan?????? <--- banyak sangat sebab bengang.

                  Back to the story. Jh keluar lah simpang sambil ada signal, tengok side mirror. Body kereta pun dah separuh jalan raya lebih dari line putus2 tu...Dari anak mata*rupanya aku ni adalah mak kepada mata aku sendiri*   Boleh plak kereta avanza ni nak masuk jugak. NAK MASUK JUGAK!!!! Dahlah tak tengok kereta kiri dan kanan. Kepala memang strait  jelah cite dia. Kononnya dengan kepala strait macam zirafah tu bolehlah naik fly over secepat BOLT. Waktu dia nak masuk tu ingatkan dia nak berhenti so xdelah jh nak tekan hon. Sekali bila kereta Jh dah nak masuk lane dia boleh nak lajak jugak. Jh rasa sebesar ibu jari kot jarak kereta depan dia diantara dengan pintu side driver Jh. Oleh kerana kau tak hormat pengguna jalan raya yang lain. Dengan penuh sopan Jh bagi honnnnnnn sepanjang jalan. Agaknya baru sedar yang dia dah *tersopan lebih*kurang ajar terus dia rilekskan badan dia and tekan brek. Geramnya terus Jh renung dia. Muka dia nampak macam serba salah jugelah. *jh gengster jalan raya jangan main2* .  Terus dia stop kejap bagi Jh betulkan body kereta. Seriusly cakap, kalau dia 'ter' kiss kereta Jh time tu. Jh dah tak boleh nak post dekat blog dah.sobssobs... *cliche sangat* aaauwwww.


Situasi kedua

            Ni hari yang tak sama. Hari tu nak balik kerja. So memang kena ikut jalan kuching juge sebab tu lagi cepat nak sampai Ulu yam. *Jh duk jauh tau!!* Hashtag Indipendantwomen Hashtag Akusangathebat Hashtag Akutakgentar <--- bajet retis gitusssssss.Silalah lempang jh laju2 kalau tak puas hati.  Situasi yang sama juge. Nak masuk belah kanan. Dah bagi signal 'LIPLAP' 'LIPLAP' *dah macam mak jemah gitu    Kereta putih jenama Honda City tu macam agak jauh dari Jh lah takdelah jauh dia ibarat macam dari rumah Jh nak ke rumah jiran sebelah punyer sebelahlah. So takdelah jauh sangatkan. But stil consider Jh boleh masuklah. So dengan rasa selamat Jh pun masuklah. Ni signal dok LIPLAP macam pokok krismas nieh, dah masuk separuh badan dah nieh. Mak ai melulu kereta tu datang. Ko dah tau aku nak masuk jalan tu lagi ko laju??!! What?? Tau tak waktu tu Jh macam tawakal giler. Jh sempat berdoa tanpa tadah tangan " Ya Allah, if this is my last breath, please let me rest in peace with iman. Amin". Lepastu Jh dah geram still jh masuk lane Jh terus dia slowkan kereta dia *again baru terfikir rupanya kereta tu ada brek kaki!*  GERAM!! Itu pun still acah2 KL drift manusia tu dok cucuk2 Jh. Dengan berbekal kan keegoan Jh. Aku tak bagi MASUK!! Lantak kau mereput dekat belakang. Then bila dia tahu yang memang dia tak boleh masuk at last dia beralah. Yelah, kalau time tu nak suh aku keluar balik ke lane asal, Langgar divider lah jawabnya! Kalau langgar divider kereta honda city tu akan ku jadikan total lost *buat mata ngeri sambil pegang stereng kereta*. Baru ada akai.

             Sebenarnya banyak lagi situasi yang sama berlaku tapi Jh up dua ni je sebab dua ni paling bahaya. Dan kerana kecuaian dan ketamakkan orang aku pulak yang kena tanggung nanti.


              Ok. Disini Jh cuba nak sampaikan yang 'Berhati-hatilah driving." Come on guys. Bukan korang sorang je atas jalan raya. Jalan tu bukan bapak korang yang punyer *ayat mak jh selalu guna when angry came*. Fikirlah sama keselamatan orang lain juge. Kalau rasa taknak jugak. Bebai sangat aih. Fikirlah dia tu ada wife/husband/son/daughter/nenek/atok/mak/bapak/ semualah!!. Korng pun ada family juge, takkan korng nak family korang susah hati??? hmm hmmm hmmm..... Chill la bro. Nak sampai destinasi mengikut masa yang ditetapkan? Boleh..... tapi yelah. Jangan sampai membahayakan orang lain sama. Kau nak mati, pergilah sorang-sorang. Aku nak hidup lagi . Itulah ibarat dia.

              Please becareful on road. Beware of road safety. No speeding. No cheating. And lets your 'iman' be your leader than you'll safely reach your place. Tq.

                          Jadikan signal itu raja dijalan raya and your driving will lead you path.
Guna cermin pandang belakang bila nak buat sesuatu so that dia akan read for you safety too..
Don't let your ego occupied you, it may let you to death.
Remember you spouse, family members is waiting for you safely reach you place.
Last but not least, let your iman be the 'leader' than you will safely reach you place with peace and smile.

Tq for reading.


Taknak keyboard warrior.
Please share your comment nicely here.








18 Apr 2016

Manusia yang menyusahkan


Hai!!

Terasa nak berkongsi cerita.

                                                                         Parking

Gambar semata2.


              Jh percaya takde yang tak pernah alami. Kan..kan.... kecuali yang takde keretalah.

              Tadi bukak Ohbulan! Lepas dah baca satu persatu sekali nampak satu tajuk ni

             

‘Perangai Umpama Khinzir’- Sejam Tunggu, Baca Luahan Lelaki Yang Keretanya Kena Block Dengan Kereta Lain         <-----klik sini

                         


                Dari awal baca sampai habis memang terasa nak gelak. Tak tahulah nak kata apa. Tapi geram pun ada. Kadang-kadang sampai terfikir. Manusia yang buat peil camni takde otak eh? Ke nak dilemparkan sticky note bertulis "pakai otak baik2" baru nak sedar sebenarnya awak ni tak cerdik mana? hmmmmm...

                 Berbalik pada story diatas, yang jh faham abang ni park sekejap sbb nak g bank ada benda nak setel urusan bank. So after dah setel tu dia pun keluarlah. Sekali tengok kereta kena blok dari belakang. Jenama honda City. Okay fine. Dia cuba cari kot2 ada tempek nombor tepon ke, brek diturunkan ke senang nak tolak ketepi sikit. terasa nak nyanyi lagu sleeq. So puas dia cari sampai tanya guard. Guard suruh ctry cari dekat A&w, Petronas and dalam bank. Tapi! tak jumpa gak. Time tuh memang dia nak hangin dan sampai terfikir nak pecah cermin turunkan brek. Mana taknya, dahla cuaca skang panas meletup bercampo pulak dengan hangin kite yang cepat naik lagilah! Tapi niat tak tercapai. Dia pun dah tak keruan tengok kebetulan kereta jazz terkena juge. Katanya dah dekat setengah jam. Maka bagai disimpah minyak petrol bengangnya kembali semula.

                  At last, abang ni amik keputusan untuk tanggalkan tiang kecik tu. Sampai ramai gak yang bantu. Then last sekali abang tu letak note bertulis "perangai umpama khinzir". hahaha lembut nau abang ni. Okay semua yang Jh cerita ni short form. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang bacalah dekat link tu korang click.

                Apa yang Jh cuba nak sampaikan. Pada pemandu kereta, please be alert sebab bukan awak seorang sahaja yang ada kereta. Even kalau emegency sangat parking kereta please make sure samada awak tinggalkan note kecil berupa nombor telepon ke, atau turunkan hand brek ke ap2 jelah. Tolonglah! Dunia bukan awak seorang je yang punya. Kesian tau. Kdang2 kita ni dahlah ada emergency, sekali orang yang 'terlebih pandai'bodoh akal ni pulak buat perangai macam 'kinzir hutan yang tak comel tu' memang terasa nak hentak dengan lolipop stereng lock. Kalau marah diajak gaduh. Apa lagi yang boleh?

                  Pernah sekali ni depan rumah Jh sendiri. Sebelum ni Jh tak pindah situ. Tu rumah family Jh. So memang dah lama kosong kecuali van sebijik. Tapi lepas tu Jh pindah situ balik sebab nak kerjakan. So, terang2lah rumah tu dah tak nampak haunted. Kain baju pun dah berjemur depan rumah apa semua. Habis kerja pukul 4.30petang happy ni tak sabar nak jumpa budak2 kecik tiga ekor dekat rumah. Sekali kena blok depan rumah sendiri. Terkejut tengok kereta persona parking cantik depan pintu pagar. Masa tuh dah memang mendidih giler tapi sabar. Dahlah kita penat pastu adalah plak makhluk allah buat perangai cantik punyer! Dek kerana terlalu penat nak turun kereta Jh hoorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn sampai pecah cermin kereta dia <--imaginasi je. Lepastu Jh turun kereta jalan dari satu rumah ke satu rumah. Sekali anak lelaki depan rumah tu keluar dia kata  nak masuk rumah eh. Waktu tu mata Jh melilau tengok keliling rumah dia. Dah lah luas nak mati! takkan nak park kat rumah orang lain plak? Lepas tu dengan senang hati Jh jawab "ha'ah ofcourselah nak masuk rumah!" <-- diorang ni memang satu keluarga jenis baidap takde sivik. Agaknya dia nampak muka ketat jh terus kelam kabut dia alih kereta. SAKIT HATIIIIIIIII!! hahahahahahaha..... Thats why jh sangat bersimpati dengan sesiapa saja yang terkena cenggini tak kira dimana pun.

                Ingatlah! Janganlah senang2 hati kita nak buat perangai camtu. ANNOYING SANGATLAH!!!

              *  Dalam diam usha kiri kanan. Tarik duit syiling poh sen *10sen* jalan tepi kereta tu tarik sampai kebontot kereta. Lepastu tengok line clear lagi terus tulis atas bonet "janganlah parking sesuka hati bodoh!!" berdialog dalam hati je tak buat betul2 pun


                  Ok bye!!

My Bu

                             
        Hai!!

        Hectic!!

       





                                              

             This is my kera. Dia malu-malu kucing plak nak tangkap gambar. Macam kera kan. Comel!!! hahaha..... Nama dia Bu. Atau boleh panggil busyuk... Buruk watever bu. ahahaha..... Sangat nakal dan tak dengar cakap. Kalau bagi dia seorang je duk rumah. Boleh tonggeng terbalik rumah dibuatnya. Macam ada orang dewasa dekat dalam rumah tu.

              Ok. Sampai disini aje cerita nya. Bye!!

15 Apr 2016

Kereta jammed bertepuk tampar

Hai!

*Tak tahu nak buat apa.*


gambar semata2


              Orang yang selalu ada atas jalan raya mesti pernah alami keadaan macam gambar atas kan? Tak kiralah time pergi kerja ke, sekolah ke, dating ke, shopping ke, makan ke *makan kalau jalan jammed rasa macam nak pijak satu persatu kereta2 depan*.     Semua tu dah macam apa je kan. Pada awal2 jammed camni mesti akan rasa stress sampai ketak2 gigi tapi lama kelamaan gigi pun dah tak ketar2 dah. hehe...... Samalah, Jh pun cenggitu juge. yelah dah memang laluan situ je senang. Seiring sejalan. Tapi ketak2 gigi tu memang wajiblah.

               Kadang2 tak faham dengan gaya pemanduan manusia diatas jalan raya. Bukan apa. Dah banyak and macam2 jenis scenery jh tengok kat atas jalan raya ni. Ada yang jenis pandu slow macam tak pernah tengok building dekat K.l. Ada plak pandu laju selajunya walaupun ada kereta sebelah depan, kiri, kanan macam esok dah tak hidup dah! Ada pula yang selamba je drive siap cakap dalam tepon lagi kejap kekiri kejap kekanan. Yang lagi syoq!! Kapel!! Mak ai..itu bikin gua hangen!!

                                                        
Gambar semata2 takde kaitan dengan sape pun. amik dari google je.

                     Hari tu, di petang hari yang panaih litlit, Jh drive balik kerja dari office. Yelah da habis waktu pejabat kern. Takkan nak stay office sampai lewat malam. So bawaklah. Dalam speed yang malu2 kucing. Tiba-tiba sebelum sunway putra mall tu dia jadi slow. Memangs itu selalu slow pun. Sebab mereka2 dari belah kiri nak masuk kanan dari belah kanan nak masuk kiri.Maka , mata kami2 didalam kereta jh usha semua orang sebelum pandang kereta tu semula   perasan ada kereta kecil comel loter *bukan  mini cooper or apa2 just kereta kancil lama dulus2*. bergoyang2 bergegar2 kuat pulak tu. Macm nak terbalik pun ada. Rasa seram jap. Mata jh pun mula usha dalam cermin tu. Nasib baik tak tinted so nampaklah. Rupanya adalah sepasang kekasih diorang tak romen pun!!haippp!!  macam bergurau sendalah. tak tau borak tentang apa sampai bergoyang2 bergegar2.

Dialog buatan sendiri.
                              Gegurls : You sayang ai tak!!! Kalau tak ai hentak!
                    
                    Boys : Hentaklah!! *dappp!!!* kene hentak. Asik yang berterusan


                  Yang jh perasan si awex tolak kepala pakwe dan si pakwe tolak kepala awex lepastu tarik kepala awex acah nak gigit dan same goes to awex. Why jh so confident itu awex pakwe? Sebab tiada adik beradik, sedara mara, atau BFFNAKMAMPUS akan buat cenggitu. right??? Lepastu bergegar lagi tengok si makwe berdiri separuh kepala macam nak terkeluar bumbung kereta tengok muka pakwe agaknye terpukul kasar sampai nak pekak kot. So acah kesian then pakwe buat yang sama. Dan yang lebih memalukan diorang adalah hurmmmm yang awex bertudung yang pakwe mestilah tak bertudung tapi gaya nerd tu ada. Dan memang seriusly cakap keliling tengok diorang tapi dioarng wat bodoh. Jh siap perasan lagi ada kereta City parking sebelah diorang chinese siap tengok drama ala2 rindu awak 200% tu and geleng kepala. Tapi diorang tak malu pun. Maybe diorang fikir " mesti orang keliling bajet kitorang ni hubby and wifiy yang suit muit sweetmueet ".  Tak lama lepas tu kereta pun bergerak so they are. Jh cuba elak sebaik mungkin taknak duduk belakang kereta diorang tapi tetap diorang berjaya mencelah macam alex yong.

                  But still jh nampak adengan yang sama tolak tampar semua. Smpaikan kereta belakang terpaksa berarak kerana diorang. Tangan dah ready dekat hon dan baru nak tekan diorang da pecut dulu. Yang Jh pasan ada lambang universiti dekat kereta budak tu. Tapi tak ingat lambang apa. Tapi kejadian malu tu sampai sekarang rasa macm tak boleh nak dilupakan. So shame!

                   Apa yang jh cuba nak katakan, please korang yang masih muda mudi daun keladi tu jagalah diri korang. Especially yang bertudung. Walaupun orang tu tak kenal korang dan nampak cara korangtu. Sekilas ikan dalam air diorang boleh thu korang ni dah kahwin ke belum. Janganlah buat adengan menyegan silukan tu lagi tak kira dalam kereta ke luar kereta ke shopping complex ke. Kak jh pun bercinta juge tapi takdelah macam korang. terasa nak cba tapi mesti kena hentak dengan bf nanti . kekekekeke

                  Pada adik2 yang rasa diri dah cukup matang dan dah boleh galas tanggungjawab. Sila2 pergi merisik orang yang awak bertepuk tampar kasih sayang tu. Ingat, kita pergi mana pun. Walau ke negeri cina pun dosa pahala kita tetap dicatat dan tercatat. *Ade eh gitu* Malu kalau orang yang nampak kita buat cenggitu tu keluarga terdekat atau jauh kita.

               
Me : Boleh tak kalau nampak gaya camtu nak buat macam atas ni?
Devil side: Boleh. Silakan. ngehngeh
Angel side :*astaghfirullahalazimmm dosa!!*
Me: Ok baiklah!!
                                             















                                       

14 Apr 2016

Kera dan Excident



 HAI!!

            Kali ni big Hai Jh bagi. Hehe.
            Terasa bosan dekat rumah tak tahu nak buat apa so online blog dekat enpon. Kikikiki...

           jh setiap ari balik keje memang 60km+60km maksudnye pergi balik campo sekali. So kalau balik wajib lalu bukit bukau bak gunubg everest. Minyak tak yah cakaplah memang garu kepala sentiasa. Tapi tak tau kenapa ari ni mcm xde luck sikit. Waktu nak turun bukit boleh plak tiba2 ada beruk. Walaupun kita turun bukit speed below 50 tetap kereta kita macam drifting!! Hehehehehe.....

          
                                    
Kereta kesayangan iolls. *sekadar image*
"Kareena nama dia"
Why nama kareena?? 
Sebab jh suke kareena kapoor hehehehehe. 
Chantique kan!!
Ok back to the story.
     Tiba-tiba dari beberapa kilometre cmtu jh nampak ada dua ekor not sure beruk ot kera melintas. Sekor depan mmg pegang anak lah yang sekor lagi dari jauh mcm memanggil kawan depan dia. Atau laki bini bgaduh and bini lari si suami nak memujuk kot. Kekekeekekee....
Gambar semata-mata
                                             

               Tapi waktu tu keretakan menurun. Jh da cuak. cepat2 tekan brek pastu mata da melilau konon nak cari safe landed kiri kanan. Mata pandang cermin belakang. Haishhhh jh fikir apa? 'Ya allah, janganlah sampai aku terlanggar beruk ni. Tak sanggup aku nak hadapnye nanti. Kesian!!' Dengan sekuat hati jh tekan brek sampai jh rasa kaki jh ada atas jalan tar! Dengan bunyi pedal brek clenching each other. Dengan bunyi tayar seret 'sreeeeeeeeeet'. Bila kereta betul2 dah stop tu, pastu terus jh tengok kiri kanan depan. Mujur!!! Dia berjaya melarikan diri. Waktu tu tak tau nak kata apa. Nasib baik juge belakang xde kereta. Mau jadi tragedi kiss-kiss. Hehehehe....

         Balik tu terus cari 'tempat termenung' lepas hajat then terus meluru ke budak2 bertuah ku.

         Tapi jh grab sekor je. Sebab bila tengok dia teringatkan beruk td tu. Why?? Alamakkk nak upload gambar dia tak boleh. Tak ape ada rezeki Jh akan upload. Kucing jh ni kaler dia lebih kurang macam kaler beruk. Peghangai pun nak2 kesitu dah. kahkahkah. Geram je tengok dia. Dalah gemuk. Ekor panjang pulak tu. Pastu muka sememeh je. hewhew..... then citelah kat kucing jh ni. Jh panggil dia Bu. kalau dia ni manusia mesti dah maki hamun jh balik. kekekekek....

          Okaylah. Pape pun driving tu berhati-hati. Kalau tak sayang nyawa sendiri, sayanglah orang yang sayang kita. hehe..... byeeee
                       


13 Apr 2016

PENIPU/TERTIPU!!

                                       

Hai!

             Why with the "penipu/Tertipu"? Ada tak terasa nak nyanyi lagu Ruffedge kot nama kump penyanyi tu. kuikui...... 

              Pernah tak korang menipu? hehe..mesti takde yang nak mengaku tapi dua jari cross belakang buntut. kehkeh.....no!no! buat salah kena mengaku tau.

               Apa yang syoq dengan menipu? yang tertipu lagilah sakit.

               Semalam, saya tengah syoq lepak main game dalam tepon. Suddenly member yang tengah berdengkur bole bangun. Ai is terkezut!! hahaha.... Then dia bagitahu, "weyh member aku si A ni kena tipu!" dan i pun terdiam. Maka, dengan bijak laksananyalah member jh search. Hacker basic bertauliah dia ni. hehe... so search punyer search. Last2 dapat tahu mamat Lahanat  is penipulah. *sori tercarut*. Then after dah rileks bagai. Tadi pegi makan dia pun cite. 

               "Ko ingatkan pasal si A tu?" jh pun angguk.
               " ko tau kesian giler dia kena tipu duit tiket pergi sarawak ni? Aku sampai tak tido seharian teman si A ni lepak tau. Aku sampai rumah pukul 6 pagi tadi. Teror tak?" jh pun angguk then
               " Then apa cite dengan manusia penipu tu?
               " Ada seorang manusia ni nak pergi bercuti lah kiranya macam geng bercuti cuti mesia then katanya takde duit so Si A ni pun tawarkan dirinya.Nak menolonglah kononnya then janji mamat tu akan pulang semula duit tu bile da de duit. Then time nak pergi tu tau2 tiket xde ap semua."
               "memang kena tipulah cite dia kan. Aku geram giler. yang si A ni pulak asik nangis je. Kesianlah sbb dia pun macam naive.Tu yang semalam aku search abis pasal mamat tu! member2 aku lain pun da panas berapi dah. abislah mamat tu kalau jumpa "

                dan Jh pun ikut sama geram dan bengang.

                first nak minta maaf sebab tak reti nak reka jalan cerita. so cerita pun tunggang langgang. '
                Second nak bagitahu, tak semua yang kita kenal tu baik dan tak semua yang baik itu boleh dipercayai. First sebelum nak buat apa2 tu silalah selidik dulu ke apa ke. tapi yang penting sekali jangan sesekali2 offer diri dulu. geram tau. Awak mengaku awak takde duit ni tetibe awak boleh menghilangkan diri dnegan tanpa rasa bersalah. Agak2lah bro. awak tu islam. tak rasa berdosa ke makan duit haram? kalau takut kan api neraka maka silalah pulankan semula. Dont take granted on someone else. Dah lah menipu pengenalan diri. Kata MA disebuah hospital tapi TAK!! semuanya dusat belaka. Entah apa yang betul tak tahu. Entah2 dia ni hidung dengan mulut pun takde sebab suka sangat menipu. sampai hati. sobsobs. Dah cukup baik orang sanggup tolong kau time susah. manusia macam ni elok direjam sampai mati dan bersepai badan. *geram sangat dah ni!*. 

               Seronok ke menipu? seronok ke mempergunakan? kalau korang tertipu korang rasa seronok ke sakit hati? Tolonglah ada Sivik and moral banyak2. tak faham jh. Orang teraniaya ni janji allah setiap doa dia dimakbulkan. Padan muka kalau dia doakan kau hilang hidung baru tahu!!

               Siapa ada pengalaman cenggini jom share!!

11 Apr 2016

Pre-Loved Fixi Novel Giveaway


                                     Thanks for invite me. http://ohthrillers.blogspot.my/ .

                                   
Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Buat satu entry yang bertajuk "Pre-Loved Fixi Novel Giveaway". Letakkan banner kat atas tu (kenapa setiap kali aku buat giveaway,banner aku semua buruk eh?haha) & jangan lupa backlink kan ke post ini.

2. Follow blog aku ni. (Wajib)


3. Follow twitter (kalau ada) @syila_aaa


4. Follow google+  tekan sini


5. Follow instagram (kalau ada) @de.bubblegum


6. Lastly,tinggalkan link kat entry giveaway ini. (komen anda akan dipublish so hantar sekali sahaja)


________________________________________________________


Senarai Hadiah 


Novel fixi. Don't worry bagi yang menang aku akan tanya dulu whether korang dah ada novel yang aku akan bagi nanti so that korang tak dapat novel yang korang dah ada. I have a total of 12 fixi's novels tapi aku cari 2 orang pemenang je ye? Setiap pemenang dapat 1 buah novel. Sorry bajet untuk pos tak banyak. hahahaha forgive me -.-


But,if peserta lebih dari 100 orang,inshaallah aku akan tambah 1 orang pemenang lagi.
So good luck!



*Pemenang akan dipilih guna random.org,macam biasalah. Supaya adil sikit.*



Tarikh mula : 7 April 2016
Tarikh tamat : 7 May 2016



*tolong ingat tarikh tamat giveaway ini,sebab selalunya aku akan umumkan pemenang the next day or hari kedua selepas tarikh tamat (inshaallah). Aku hanya akan bagi masa dalam 4 hari untuk tuntut,kalau tak tuntut jugak aku akan cari pemenang lain. Kalau boleh letaklah email korang kat sidebar so that aku boleh inform sendiri kat korang,senang sikit.*

7 Apr 2016

Hai

Hai

              Fuhhhhh!! Hari ni seharian dok bac blog kak Namee Roslan. Syok!! Tak tahu kenapa tapikan sejak baca blog dia lah yang buat saya bina blog. Sebenarnya ni blog kedua JH. hehehe..... Okay. Tak tahu nak cakap apa lagi. okay bye!! hehehe Jangan marah

4 Apr 2016

Hati



Assalamualaikum.....

             Berhari-hari, berminggu-minggu Jh tak muncul. Maaflah sibuk sikit. Mana yang ada komen, share ke apa2 ke... if Jh terlepas pandang and tak komen balik jangan marah tau. Kadang tu Jh just bukak sekali pintas and kadang tu line kat office ni macam **** hehehe..jangan tanya tu bahasa isyarat apa. Hurmmmm..... nak cite pasal apa eh......Tengok gambar atas tadi macam rasa nak share somehing. Ni boleh pulak hilang punca.

             Korang suka tengok cite hindustan? Kalau suka kita satu geng. Hehehe..... Kalau kita tengok cite hindustan. Macam mana terjadi pun mesti hero dan herion bersatu kan? Dalam hati kita pun mesti berharap benda yang sama berlaku pada kita. Macam cite Ishqedarriyan.

                                         

                Siapa yang ada tengok tu mesti dia tahu jalan cerita ni. Samalah dengan Jh, betapa berharap nak kisah cinta jh jadi macam ni. Tapi lepas hentak kepala dekat dinding, baru sedar ni semua lakonan! Tade yang real! Semuanya hanya cerita semata-mata. HAHAHAHAH..... maka berbalik kepada alam realiti. Kita boleh nampak betapa ringannya masyarakat zaman sekarang memandang remeh dengan 'cinta'. Nak kata lebih2 pun tak boleh juge. Tapi nak bagitau. Hati ni Fragile. Senang remuk dan bila remuk dia akan pecah berderai. Nak2 kalau perempuan. Eh! Lelaki pun ada perasaanlah! Ye Jh tahu..

              Entahlah. Sebenarnya Jh ni dah kenali bermacam2 jenis perangai orang. Kira banyak kali jugelah bercinta and putus. Tapi bukan Jh yang buat pasal tapi diorang. Tapi boleh dikatakan semua yang jh kenal sama peil tapi jh tak kata semua lelaki sama. Ada je yang baik. Gila seks. Gila perempuan. Nak awex cantik tapi muka macam jalan tar tak berturap. Bila berkenalan hidup diorang baru nak masuk alam susah. Nak naik dari hidup susah tu kitorang sama2 hidup susah tapi bila dah senang tu ibarat macam 'talk to my hand,please'. Senang kan? Tapi Jh tidaklah nak tujukan pada lelaki aje, perempuan pun ada juge macam tu. Jh nak sangat tahu. Seronok ke mainkan hati orang? Korang menaburkan pelbagai jenis janji tapi bila dah dapat apa yang nak terus blah macam tu. Acah2 nak wife or husband yang sempurna jenis solat tak tinggal apa semua. Tapi bila check latar belakang*past history* diorang terus terngadah tak terkata apa2. Sebab past history diorang sama dengan apa yang korang buat sekarang. 

             Tak tkut dengan karma? Jh takut. Sebab tu Jh takkan cuba untuk menyakitkan hati orang lain. Sebab kesian mak bapak diorang membesarkan diorang. Dengan secubit nasi tu korang jadi orang yang berjaya sekarang, Apa korang rasa if benda yang sama berlaku pada anak2 korang? Serius Jh cakap, sampai sekarang Jh masih terkesan dengan sikap2 bekas2 tupperware jh dulu. Kerana diorang, Jh takut nak bercinta, kerana diorang married life is so banned by me. Apatah lagi nak jenguk perkataan cinta. NOWAY. 

               Tolonglah. Kesianlah orang yang setia pada korang. Sayangkan korang. Ikhlas dengan korang sampai sanggup terima susah korang bersama. Rasa sakit tau kalau tengok korang bersama dengan perempuan lain. Dan perempuan tu bersama denga korang bila korang tengah senang. Walhal perempuan macam tu akan tinggalkan korang sesaat je bile dapat tau korang dah bankrup. Kalau taknak please reject dari awal. Jangan bagi harapan palsu. Sebab harapan palsu ni lebih sakit dari ditipu. Hati ni, sekali remuk dan berparut. sampai bila2 pun, takkan boleh berubah. Untungnya kalau jadi baby. Semua orang sayang. Tak payah nak pikir siapa yang kita perlu pilih. Mujur hati Jh jenis kental. Prinsip Jh, Sekali kau buang aku. Kalau kau dilukai oleh perempuan lain dan tetiba teringat and nak kembali dengan aku. Kaki kau dapat. Tiba2 rasa macam nak nangis plak. Okbye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...