Pages

13 Nov 2015

Gaya pemanduan

                Hai semua.......... Hari ni raining cats and dogs. Huhu.... Macam manalaaa aku nak balik. Jh takut bukan sebab tade kenderaan tapi sebab takut jammed kerana hujan punyer pasal. haha! Humr.. tadi tengah bosan2 bedek web kejap. Sekali jh terbaca tentang cara2 pemanduan yang mencirikan diri kita sendiri. Jh dah nampak dah Jh ni jenis cmne. Korang pulak? SAT! Jh sharekan yer.


             Setiap pemanduan ada nama2nya sendiri.

1. Kesempurnaan

  • Seorang yang mementingkan kesempurnaan 
  • patuh pada ajaran sekolah memandu pada kedukukan " 10 & 2"
  • Suka buat benda dengan cara yang betul *yelah nama pun nak sempurnakan*
  • seorang yang teliti dan sentiasa mengikut peraturan juga yakin dalam melalukan sesuatu yang sangat bernilai
  • Kejayaan yang ada pada diri mungkin datangnya dari personaliti kesempurnaan korang
  • Menjadi ikut2an kengkawan di tempat kerja dari segi berfesyen, kasih sayang, persahabatan dan juga bercita2 tinggi untuk menjadi seperti korang 


2. SANTAI

  • Personaliti yang santai
  •  Tidak mengambil hidup terlalu serius, dan anda menghadapi situasi dengan pendekatan yang tenang dan bersahaja
  •  Sering kelihatan bahawa anda tidak ambil kisah mengenai dunia
  •  Walaupun pada masa yang sukar anda suka menonjolkan suasana keyakinan dan sikap acuh tak acuh
  •  Setiap hari anda umpama hari cuti
  •  Rakan-rakan dan keluarga akan mencari anda hanya untuk berseronok sepanjang hari!
             * HAHA ITULAH JH! SEBAB TU MEMBER TENGOK JH SELALU GELAK HAKIKATNYA TUHAN SAJA YANG TAHU*KUIKUI

3. Minimalis
  • Seorang minimalis
  • suka kehidupan semudah yang mungkin
  •  X suka menyusahkan diri dan anda lebih suka rakan-rakan yang berterus-terang dan tulen
  • suka berkawan dengan beberapa orang yang rapat dan tidak suka menambah kawan.
  • Kalau pakaian, anda akan memilih warna hitam berbanding warna lain.
  • Walaupun  menjalani kehidupan  dengan cara yang mudah namun ia tidak bermakna anda seorang yang membosankan
  • Orang lain mengagumi cara minimalis dan pendekatan hidup anda!
4. Pengembara
  • seorang yang suka mengambil risiko
  • suka  hidup terasing, tetapi percaya dalam membuat sebahagian besar setiap masa.
  • suka aktiviti mendebarkan seperti bungee jumping dan terjun udara
  • Tentang cinta, anda tidak takut untuk meletakkan diri anda di luar sana
  • Tidak dapat tidak, rakan-rakan anda akan mempunyai rasa agak jinak berbanding anda
  • Tetapi mentaliti “hidup sepenuhnya” membuatkan anda dikagumi orang yang anda sayangi!
5. Pemimpin
  • seorang pemimpin semula jadi
  • cukup pengetahuan untuk mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas.
  • Orang lain akan mendapatkan panduan dan nasihat daripada anda
  • Mereka mempercayai anda, sebahagian besarnya kerana anda begitu yakin dengan kebolehan anda
  • Di tempat kerja, anda sering menerima pujian untuk kemahiran kepimpinan anda.
  • Dalam cinta, anda kena berusaha keras untuk mencari seseorang yang melengkapi “Jenis A” anda, tetapi jika anda lakukannya, ia pastinya menjadi penantian yang sangat berbaloi!

6.Penyokong


  • disukai ramai orang
  • seorang tukang sorak untuk rakan-rakan dan keluarga anda
  • amat gembira jika orang lain mendapat kebaikan, dan anda tidak takut untuk menjadi vokal dengan sokongan anda
  • seorang pendengar yang hebat, dan ini membuatkan anda menjadi sasaran utama rakan-rakan yang inginkan nasihat
  • berpuas hati dengan hanya melihat dan membiarkan orang lain mendahului
  •  lebih suka menghabiskan masa anda menikmati kehidupan dengan pandangan yang mesra dan positif!
7. Pengaman
  • korg diibaratkan sebagai “Switzerland” oleh kawan-kawan dan keluarga anda
  • tidak suka terjebak untuk berhujah dan konflik yang membuat anda menjadi tidak selesa
  • Jika korg pernah meninggikan suara, orang yang korg sayangi pasti amat terkejut dan faham bahawa anda serius 
  • tidak mempunyai toleransi yang tinggi dalam pertelingkahan antara orang lain, jadi anda akan sering menjadi pengaman dan kemahiran menyelesaikan masalah anda mampu mengatasinya dengan pantas dan berjaya!
8. Badut @ pelawak
  • Anda berfikir dengan cara yang berbeza daripada rakan-rakan dan keluarga anda kerana sentiasa membuat lawak dalam setiap keadaan
  • Anda seorang yang kelakar dan anda lebih suka untuk menjalani kehidupan dengan cara yang pelik dan bodoh
  • Minda kreatif anda menjadikan anda berjiwa seni. Anda mampu berlawak secara spontan dan ia membuat anda disenangi
  • Orang lain tidak mahu mencabar anda dalam pertempuran kecerdasan kerana mereka pasti akan kalah!
9. Gementar
  • Anda sering merasa was-was dan bimbang
  • Anda suka menyemak kerja berulang kali untuk memastikan segalanya selamat
  • Anda akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan lebih suka untuk melakukan perkara yang menyeronokkan
  • Rakan-rakan dan penjagaan keluarga sentiasa bersedia untuk membantu anda keluar dari belenggu tersebut sedikit demi sedikit
  • Walaupun anda mungkin tidak meletakkan diri anda di luar sana, hanya orang yang mengenali anda tahu kehebatan anda!
10. Jentolak
  • Jaga-jaga – “Si Jentolak” akan tiba! Anda adalah orang yang sangat sibuk, tiada masa untuk orang yang menghalang laluan anda
  • Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, anda lebih suka untuk meredah segala rintangan
  • Orang lain mengagumi kesungguhan anda, dan mereka boleh bergantung kepada anda untuk mendapatkan apa yang dihajatkan
  • Anda seorang yang berorientasikan matlamat dan tindakan, kedua-duanya akan membawa anda jauh dalam kehidupan!

So, kalau korang naik kereta dengan sesape cuba perhatikan cara diorang memandu. hehe...

12 Nov 2015

Affliate Simple Hijab


Selamat pagi & Alhamdulillah.


                     Selamat Pagi. dan bagi yang muslim jom sebut bersama Alhamdulillah.

                     Awal2 pagi lagi JH dah post berkaitan dengan 7E buat promo rm 1 smpai awal disember. Hurmmm..memandangkan sekarang semua tengah kegawatan kewangan. Confirm2 akan menyerbu 7E kan. Untung 7e. Kalaulah 7e tu jh kaya-raya dah sikalang. MUAHAHAHHAHAHAH *gelak jahat sat*. Hurmm...sebenarnya JH nak mengambil kesempatan nak mengepost dan bertanya. Siapa2 tahu tak dekat mana nakk cari part time modelling? tapi for hijabs girl. Untuk member JH. Kesian dia nak cari duit. Dia tak letakkan syarat tetinggi melambung macam langit tapi cukup sekadar dia boleh makan dan bayar duit sewa rumah. Fullstop!  Kalau ada yang tahu please bagitahu yer. Xnak komen pun takpe tingalkan pesanan d cbox pun boleh. ^^ Jasa baik anda amat dihargai.

               Btw. Jh ada terbcakan satu perkongsian dari blog BLOGGER YAYA *SILA TEKAN*. Dia ada berkongsikan satu link dimana dari situ kita dapat buat duit dengan cara berkongsi link. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik pada link INI atau pada link ini SINI <------ Ini! Pada yang rajin terlebih hari ni tengoklah pada gambar slide besar tu dia akan tulis. Mari join Aflliate Simple Hijab.  Cara untuk mendaftar pun senang tak perlu bayar. 

             Selamat mencuba yer. 

Mari! Mari! Mari! Ada Promo RM1 di 7E!!

                Korang sebenarnya JH tau benda tu dah lama cuma nak bagitahu cepat2lah pergi 7E pada arikh  yang disebut sebab kalau lambat nanti xdapat nk kebas. Nak tahu tak?? 7E buat promotion. Murah dengan harga serendah rm1.
                                                                                RM1



                Pada yanng tak sempat memborong untuk tarikh2 yang dah lepas jangan sedih. Masih ada lagiiiiiiiiiii rm1 tu!.

                                                                17-18 November


  •                               Kitkat Fingers
  •                               Mameebev Cool Tea
  •                              Air Kotak Hershey's soyfresh
  •                     Nescafe
  •                              Ubat gigi darlie


24-25 November

- air kotak yeo's yeogurt drink
- goodday UHT milk
- mister potato crisps
- garnier men
- garnier women
- fumakilla


1-2 December 

- yeo's laici
- dutch lady UHT milk
- mamee monster
- mamee chef cup
- l'oreal shampoo


Apa lagi mau tunggu! Cepat2 set alarm pada tarikh2 tersebut dan serbu beramai2 nanti yer!!

9 Nov 2015

Pertanyaan.





Korang. Tahu tak macam mana nak buat gambar dekat blog kita tu jadi clear? JH tak tahu lah kenapa jadi blur. Stessnya tadi dok belek2 HTML ap smua. Tetap tak menjadi. GERAM! je......

Menimbang berat blog kita.

                Okay! Tadi jh dah kongsikan pasal Link2 Blog yang blogwalking JH. Now Jh nak kongsikan tentang sesuatu yang agak berguna untuk para blogger yang ada blog. Actually Jh dapat benda ni pun dari blog http://sebabakusabrina.blogspot.my/.

                 Hari ni, kita akan timbang berat blog kita. EH! Jangan  ingat berat badan je boleh timbang. Blog pun boleh tau!! OK! At first, korang click link ni http://www.pagescoring.com/ lepas tu dia akan kua macam dekat bawah ni.



Lepas dah letak Url Blog korang. Nanti dia akan tunjuk jumlah berat blog korang. Kalau yang jenis berat tu kene sabar menanti. Itu bermakna blog korang terlalu berat dan ada yang perlu diubah. hehe

TADAAAA!! Berat blog JH.


               

Yang ni in details.

Sekian, itu saja perkongsian JH. TQ^^

Blog walking

                 Hai kngkorang. Haishhh bosan betul. Ramai pulak yang cuti kerja sebab yelah esok Deepavali kan. So, JH wish pada kawan2 Happy Deepavali yer. Hari tu, Tiga hari takde kat office. So tak boleh nak bukak blog. Sekali bukak harini macam ramai juga yang berblogwalking dekat blog JH arini. So JH pun berblogwaling semula di blog diorang. Comel2 dan kreatif jugak blog diorang banding blog JH yang bese2 je. Sedih tak de masa nak edit lebih.

                 Antara Link yang blog walking:



                  Kalau ada yang free try lah melawat blog diorang. Seyes banyak yangc antik2, kreatif, smart, comel2 dan blog diorang banyak cerita yang updated. 

3 Nov 2015

Jubah untuk Semua jenis size termasuk XL,XXL,XXXXXXXXXXX

                     Pagi2 lagi dah tertidur dekat opish sampai terkeluar ayaq lioq!*jokes* Mengantuklaaaaa travelling dari rumah ke opish sebenarnya. heheh.... So lepas bekpesh apa semua dah tak tahu nak buat apa...so JH terasa nak berkongsikan sesuatu yang menarik.  Baru2 ni Jh baru order sehelai jubah untuk wedding member JH nanti. Menarik! Murah! Cantik! Actually Jubah ni adik JH suka order. Dia ada jubah plain. Oh! Lupa nak cerita. Orang yang bersaiz besar contoh mcm size XXL and keatas yang terasa down sebab setiap kali tak jumpa jubah yang cantik dan sesuai dengan badan boleh lah order dekat akk ni. Hari tu Jh baru je bank in esok petngnya dah dapat. Dahlah layanan bagus orang nye pun lembut je.

                     

Jubah Alia

                   Jangan ingat Jubah tak de nama ye!! heheh Nama Jubah ni Jubah alia... Cantikkan? Kalau dalam gambar cantik apatah lagi diluar gambar. Tapi sejujurnya JH cakap sangat memuaskan hati. Mula tu Jh bajet bila dah dapat jubah ni mungkin kaler dia tak secantik yang dilihat. Tapi, lepas dah dapat jubahnya.Memang cantik! Kawan JH yang tengok pun berkenan. Dia kata kalernya memang lwa dan mata yang melihat pun rasa selesa. Jh beli size XL sebab JH tak delah kurus mana. Harga untuk sehelai jubah Alia ni rm70 termasuk postage. Kalau semenanjung cuma tambah lebih sikit. Berbaloi kan. Cantik pun cantik. Tak rugi beli.


                    Jubah Alia ni ada macam2 jenis warna. In shaa allah ada rezeki nak beli lagi. heheh... Jap Biar JH share gamba jubah adik JH yang JH pinjam time jumpa kengkawan JH ritu.

                       Jh cuba nak kongsi gambar2 JH tu tapi tak tahu lah. Jh nak pesan tak payahlah beli Nokia Lumia. Handphone ni boleh buat pengguna rasa nak maki hamun je. Huhuh*mujur iman masih setebul buku dictionary oxford*. Tapi apa2 pun, korang boleh lah search dekat Instagram dengan Fb. Tengok barang2 dia. Jh yakinlah korang yang membelinya nanti takkan rasa rugi. BEST pun BEST! Sekian saja. Semoga perkongsian JH kali ni dapat membantu mereka yang memerlukan. 





2 Nov 2015

SPM......!!!! Bermula Hari ni!!

Pagi2 lagi JH dah bertolak dari rumah ke office pukul 6.05am sebab duduk pun dekat ulu yam kan. So dari rumah ke office amik masa lebih kurang 45 minit juge. Kalau dah campor dengan jammed lebih dari tu laa... ahahahahha

            So, Setiap pagi demi untuk menghilangkan rasa mengantuk dan stress. Jh akan bukak tingkap sebab suasana yang nyaman dicampor pule dengan lawak dari JOHARA radio Era.FM. So, kalau orang sebelah tengok JH gelak mesti ingat JH sewel tapi sebenarnya tengah gelakkan cik linda kite tuuu.... Pagi2 lagi johara dah menyampaikan pesanan dan nasihat kepada Pelajar2 yang bakal menduduki SPM. So selamat maju...buat yang terbaik adik2!


           Sebelum nak menjawab tu bacalah doa penerang hati dulu. Paling tak pun bacalah bismillah. Tapi jangan terlalu gabra sampai terbaca doa makan! hahaha.... Lepas dah baca tu, WAIT! Jangan gabra jugak. Tarik nafas hembus dulu........... lepas tu tunggu cikgu edarkan kertas dan buku soalan. STILL! jangan bukak lagi. Baca sekali lagi doa semoga segala yang dibaca tu masih melekat diminda. Haaaaa lepas cikgu dah bagi taklimat baru bukak dan baca yer. JANGAN GABRAAAAAA!! nanti apa yang dibaca semua hilang.

         

            Time cikgu bagi kertas ni lah paling JH takut. Bukan takut pe! Takut masuk dalam scanner tak terscan. Sebab susah. Dulu ditanda secara manually. sekarang mesin yang tolong tandakan. Maka hati2 bagi yang membulat dan mewarnakan. Jangan terlalu gelap, jangan terlalu pudar, Jangan pula sampai terkoyak. Padam beersih k! JH percaya setiap yang lepas exam tu mesti akan tengok balik buku untuk wat rujukan. Jangan sedih2 kalau tak sama.Doakan semoga penanda buku tu lembut hati nak bagi markah kat korang lebih. K! AAMINNNN...... Tapi jangan riak kalau jawapan korang dan apa yang korang baca tu sama dengan yang semalam atau kelmarin. Nanti Allah tarik semua kenikmatan korang. Ishhhh Nauzubillah! 

            Apa2 pun selamat maju jaya. Buat yang terbaik dan keyakinan diri tu kene ada tau! 

           

Bahayanya.....

Assalamualaikum....

         Morning . Dah bekpesh? Harini, tengah syok melantak bekpesh tiba2 terasa nak berkongsi tentang satu perkara. Perkara dimana boleh menjadi bahaya buat kita semua tanpa sedar. Actually, pada pandangan JH kita dah tak selamat. Berbagai jenis ancaman boleh menjadi bahaya kepada kita.

        Lately ni... JH ada terdengar satu cerita. Tentang seorang lelaki yang hendak mengeluarkan duitnya untuk di transfer ke CDM yang lain. Ceritanya berkisar begini.Hari tu hari keluar gaji. So semua pekerja goment dah memenuhi ruang bank (Tak ingat bank mana mengikut story ni) so dia pu beratur dikalangan yang ramai tu. Tak lama lepas tu giliran dia pun tiba. Cadangnya dia bawa keluar sejumlah wang yang melebihi rm1k. Waktu itu dia memang perasan ada seorang lelaki *bukan orang warganegara* berdiri belakang dia. Lepas dia keluarkan duit tu cadng nak pindah ke CDM tb2 dipanggil lelaki tu bertanya. " Mesin ni boleh terima ke matawang asing?" lelaki melayu tu pun angguk. Then time dia nak pindah dekat CDM tu tb2 lelaki tu tepuk2 bahu dia and ambil salah satu keping duit bernilai rm50 dan bertanya " inikah wang malaysia" (Tak berapa ingat jalan story tapi jalan penceritaan lebih kurang) dan mangsa tersebut anggukkan kepala. Dalam pada tak sedar tu sebenarya dia telah memukau kita dengan menepuk bahu kita sambil2 tu tangan dia mencekau duit kita yang ada dalam mesin tu.

         Nak bagitahu lagu, ini salah satu jenayah yang terbaru JH baca di facebook. Tapi kalau ada kesilapan pada storynya beritahulah pada JH. Tapi Jh nak pesan, kawan2 kalau terasa nak keluarkan duit sentiasa keluarkan duit di tempat yang ramai orang dan kalau boleh ajaklah orang yang boleh dipercayai. Sekarag ni dah ada macam2 benda yang tak elok berlaku. Samun lah, Pukaulah, merompaklah..... so beware. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita esok lusa. Apa2 pun berhati2 dan sentiasa mengamalkan ayat kursi sebagai pelindung. In Shaa Allah tuhan akan melindungi kita dari anasir2yang jahat.

       Harap cerita dari JH ni serba sedikit dapat menolong kawan2 ye ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...