Pages

11 Dec 2015

Maklumat Penting

Assalamualaikum...!!!

Hehehe..macam dah berhabuk je blog JH ni! Haishhhh...bz field works laaa...sedih betul..sampai tak de masa nak update blog. So dalam berminggu sibuk ni macam2 lah yang dialami. So, hari ni macam free sikit la. Tadi log in facebook. Borak dengan seorang kawan ni. Dia mak orang lah JH anak orang hahaaha!! Tiba2 dia tag berkaitan dengan seperkara. Walaupun tengok benda tu perkara kecil dan bak kata orang zaman sekarang 'SEMPOI' je....... tapi penting jugak! JH siap bertanda seru lagi. Hurrrmmmmmmmm......



Bukan nak kata apala....untuk perkara macam ni.. semua lapisan mesti kene titik beratkan. Tak semestinya yang takde anak tu kene wat DONO je... Jangan lupa, anak sedara memasing yang masih kecik pun manusia juga.Oh!Bulan Nak tahu story lebih lanjut baca pada artikel tu.

Budak2 ni semua yang ada pada badan diorang lembut. Even tulang belulang diorng pun lembut. So sekali kepak memang akan patah. Lain macam kita. jatuh seribu kali pun retak n terseliuh. Bila nampak anak jatuh katil ke terhantuk ke and so on. Cepat2 buat pemeriksaan sebab kita tak tahu apa yang terjadi pada dalaman dia. 

Jh nak cerita pasal member jh. Dia memang hantar anak dia pergi pengasuh setiap kali kerja. Selalunya dia aktif je tapi one day tu tiba2 anak dia jadi kurang aktif, lembab and lesu. Bila check rupenye otak ada darah beku jatuh masa dekat rumah pengasuh. Tapi pengasuh mengaku mmg kesilapan dia cuma dia tkut beritahu awl. Haishhh....nasib anak tu sempat di selamatkan and now dah aktif semula.

Pesan JH disini. Jangan amik remeh dengan apa yang terjadi dekat budak2 yang ada disekeliling korang. yer ^^

Pesanan ringkas tapi mendalam dari JH.

13 Nov 2015

Gaya pemanduan

                Hai semua.......... Hari ni raining cats and dogs. Huhu.... Macam manalaaa aku nak balik. Jh takut bukan sebab tade kenderaan tapi sebab takut jammed kerana hujan punyer pasal. haha! Humr.. tadi tengah bosan2 bedek web kejap. Sekali jh terbaca tentang cara2 pemanduan yang mencirikan diri kita sendiri. Jh dah nampak dah Jh ni jenis cmne. Korang pulak? SAT! Jh sharekan yer.


             Setiap pemanduan ada nama2nya sendiri.

1. Kesempurnaan

  • Seorang yang mementingkan kesempurnaan 
  • patuh pada ajaran sekolah memandu pada kedukukan " 10 & 2"
  • Suka buat benda dengan cara yang betul *yelah nama pun nak sempurnakan*
  • seorang yang teliti dan sentiasa mengikut peraturan juga yakin dalam melalukan sesuatu yang sangat bernilai
  • Kejayaan yang ada pada diri mungkin datangnya dari personaliti kesempurnaan korang
  • Menjadi ikut2an kengkawan di tempat kerja dari segi berfesyen, kasih sayang, persahabatan dan juga bercita2 tinggi untuk menjadi seperti korang 


2. SANTAI

  • Personaliti yang santai
  •  Tidak mengambil hidup terlalu serius, dan anda menghadapi situasi dengan pendekatan yang tenang dan bersahaja
  •  Sering kelihatan bahawa anda tidak ambil kisah mengenai dunia
  •  Walaupun pada masa yang sukar anda suka menonjolkan suasana keyakinan dan sikap acuh tak acuh
  •  Setiap hari anda umpama hari cuti
  •  Rakan-rakan dan keluarga akan mencari anda hanya untuk berseronok sepanjang hari!
             * HAHA ITULAH JH! SEBAB TU MEMBER TENGOK JH SELALU GELAK HAKIKATNYA TUHAN SAJA YANG TAHU*KUIKUI

3. Minimalis
  • Seorang minimalis
  • suka kehidupan semudah yang mungkin
  •  X suka menyusahkan diri dan anda lebih suka rakan-rakan yang berterus-terang dan tulen
  • suka berkawan dengan beberapa orang yang rapat dan tidak suka menambah kawan.
  • Kalau pakaian, anda akan memilih warna hitam berbanding warna lain.
  • Walaupun  menjalani kehidupan  dengan cara yang mudah namun ia tidak bermakna anda seorang yang membosankan
  • Orang lain mengagumi cara minimalis dan pendekatan hidup anda!
4. Pengembara
  • seorang yang suka mengambil risiko
  • suka  hidup terasing, tetapi percaya dalam membuat sebahagian besar setiap masa.
  • suka aktiviti mendebarkan seperti bungee jumping dan terjun udara
  • Tentang cinta, anda tidak takut untuk meletakkan diri anda di luar sana
  • Tidak dapat tidak, rakan-rakan anda akan mempunyai rasa agak jinak berbanding anda
  • Tetapi mentaliti “hidup sepenuhnya” membuatkan anda dikagumi orang yang anda sayangi!
5. Pemimpin
  • seorang pemimpin semula jadi
  • cukup pengetahuan untuk mengambil alih situasi dengan cara yang jelas dan tegas.
  • Orang lain akan mendapatkan panduan dan nasihat daripada anda
  • Mereka mempercayai anda, sebahagian besarnya kerana anda begitu yakin dengan kebolehan anda
  • Di tempat kerja, anda sering menerima pujian untuk kemahiran kepimpinan anda.
  • Dalam cinta, anda kena berusaha keras untuk mencari seseorang yang melengkapi “Jenis A” anda, tetapi jika anda lakukannya, ia pastinya menjadi penantian yang sangat berbaloi!

6.Penyokong


  • disukai ramai orang
  • seorang tukang sorak untuk rakan-rakan dan keluarga anda
  • amat gembira jika orang lain mendapat kebaikan, dan anda tidak takut untuk menjadi vokal dengan sokongan anda
  • seorang pendengar yang hebat, dan ini membuatkan anda menjadi sasaran utama rakan-rakan yang inginkan nasihat
  • berpuas hati dengan hanya melihat dan membiarkan orang lain mendahului
  •  lebih suka menghabiskan masa anda menikmati kehidupan dengan pandangan yang mesra dan positif!
7. Pengaman
  • korg diibaratkan sebagai “Switzerland” oleh kawan-kawan dan keluarga anda
  • tidak suka terjebak untuk berhujah dan konflik yang membuat anda menjadi tidak selesa
  • Jika korg pernah meninggikan suara, orang yang korg sayangi pasti amat terkejut dan faham bahawa anda serius 
  • tidak mempunyai toleransi yang tinggi dalam pertelingkahan antara orang lain, jadi anda akan sering menjadi pengaman dan kemahiran menyelesaikan masalah anda mampu mengatasinya dengan pantas dan berjaya!
8. Badut @ pelawak
  • Anda berfikir dengan cara yang berbeza daripada rakan-rakan dan keluarga anda kerana sentiasa membuat lawak dalam setiap keadaan
  • Anda seorang yang kelakar dan anda lebih suka untuk menjalani kehidupan dengan cara yang pelik dan bodoh
  • Minda kreatif anda menjadikan anda berjiwa seni. Anda mampu berlawak secara spontan dan ia membuat anda disenangi
  • Orang lain tidak mahu mencabar anda dalam pertempuran kecerdasan kerana mereka pasti akan kalah!
9. Gementar
  • Anda sering merasa was-was dan bimbang
  • Anda suka menyemak kerja berulang kali untuk memastikan segalanya selamat
  • Anda akan menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan lebih suka untuk melakukan perkara yang menyeronokkan
  • Rakan-rakan dan penjagaan keluarga sentiasa bersedia untuk membantu anda keluar dari belenggu tersebut sedikit demi sedikit
  • Walaupun anda mungkin tidak meletakkan diri anda di luar sana, hanya orang yang mengenali anda tahu kehebatan anda!
10. Jentolak
  • Jaga-jaga – “Si Jentolak” akan tiba! Anda adalah orang yang sangat sibuk, tiada masa untuk orang yang menghalang laluan anda
  • Daripada membuang masa pada penyelesaian masalah, anda lebih suka untuk meredah segala rintangan
  • Orang lain mengagumi kesungguhan anda, dan mereka boleh bergantung kepada anda untuk mendapatkan apa yang dihajatkan
  • Anda seorang yang berorientasikan matlamat dan tindakan, kedua-duanya akan membawa anda jauh dalam kehidupan!

So, kalau korang naik kereta dengan sesape cuba perhatikan cara diorang memandu. hehe...

12 Nov 2015

Affliate Simple Hijab


Selamat pagi & Alhamdulillah.


                     Selamat Pagi. dan bagi yang muslim jom sebut bersama Alhamdulillah.

                     Awal2 pagi lagi JH dah post berkaitan dengan 7E buat promo rm 1 smpai awal disember. Hurmmm..memandangkan sekarang semua tengah kegawatan kewangan. Confirm2 akan menyerbu 7E kan. Untung 7e. Kalaulah 7e tu jh kaya-raya dah sikalang. MUAHAHAHHAHAHAH *gelak jahat sat*. Hurmm...sebenarnya JH nak mengambil kesempatan nak mengepost dan bertanya. Siapa2 tahu tak dekat mana nakk cari part time modelling? tapi for hijabs girl. Untuk member JH. Kesian dia nak cari duit. Dia tak letakkan syarat tetinggi melambung macam langit tapi cukup sekadar dia boleh makan dan bayar duit sewa rumah. Fullstop!  Kalau ada yang tahu please bagitahu yer. Xnak komen pun takpe tingalkan pesanan d cbox pun boleh. ^^ Jasa baik anda amat dihargai.

               Btw. Jh ada terbcakan satu perkongsian dari blog BLOGGER YAYA *SILA TEKAN*. Dia ada berkongsikan satu link dimana dari situ kita dapat buat duit dengan cara berkongsi link. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh klik pada link INI atau pada link ini SINI <------ Ini! Pada yang rajin terlebih hari ni tengoklah pada gambar slide besar tu dia akan tulis. Mari join Aflliate Simple Hijab.  Cara untuk mendaftar pun senang tak perlu bayar. 

             Selamat mencuba yer. 

Mari! Mari! Mari! Ada Promo RM1 di 7E!!

                Korang sebenarnya JH tau benda tu dah lama cuma nak bagitahu cepat2lah pergi 7E pada arikh  yang disebut sebab kalau lambat nanti xdapat nk kebas. Nak tahu tak?? 7E buat promotion. Murah dengan harga serendah rm1.
                                                                                RM1



                Pada yanng tak sempat memborong untuk tarikh2 yang dah lepas jangan sedih. Masih ada lagiiiiiiiiiii rm1 tu!.

                                                                17-18 November


  •                               Kitkat Fingers
  •                               Mameebev Cool Tea
  •                              Air Kotak Hershey's soyfresh
  •                     Nescafe
  •                              Ubat gigi darlie


24-25 November

- air kotak yeo's yeogurt drink
- goodday UHT milk
- mister potato crisps
- garnier men
- garnier women
- fumakilla


1-2 December 

- yeo's laici
- dutch lady UHT milk
- mamee monster
- mamee chef cup
- l'oreal shampoo


Apa lagi mau tunggu! Cepat2 set alarm pada tarikh2 tersebut dan serbu beramai2 nanti yer!!

9 Nov 2015

Pertanyaan.





Korang. Tahu tak macam mana nak buat gambar dekat blog kita tu jadi clear? JH tak tahu lah kenapa jadi blur. Stessnya tadi dok belek2 HTML ap smua. Tetap tak menjadi. GERAM! je......

Menimbang berat blog kita.

                Okay! Tadi jh dah kongsikan pasal Link2 Blog yang blogwalking JH. Now Jh nak kongsikan tentang sesuatu yang agak berguna untuk para blogger yang ada blog. Actually Jh dapat benda ni pun dari blog http://sebabakusabrina.blogspot.my/.

                 Hari ni, kita akan timbang berat blog kita. EH! Jangan  ingat berat badan je boleh timbang. Blog pun boleh tau!! OK! At first, korang click link ni http://www.pagescoring.com/ lepas tu dia akan kua macam dekat bawah ni.



Lepas dah letak Url Blog korang. Nanti dia akan tunjuk jumlah berat blog korang. Kalau yang jenis berat tu kene sabar menanti. Itu bermakna blog korang terlalu berat dan ada yang perlu diubah. hehe

TADAAAA!! Berat blog JH.


               

Yang ni in details.

Sekian, itu saja perkongsian JH. TQ^^

Blog walking

                 Hai kngkorang. Haishhh bosan betul. Ramai pulak yang cuti kerja sebab yelah esok Deepavali kan. So, JH wish pada kawan2 Happy Deepavali yer. Hari tu, Tiga hari takde kat office. So tak boleh nak bukak blog. Sekali bukak harini macam ramai juga yang berblogwalking dekat blog JH arini. So JH pun berblogwaling semula di blog diorang. Comel2 dan kreatif jugak blog diorang banding blog JH yang bese2 je. Sedih tak de masa nak edit lebih.

                 Antara Link yang blog walking:



                  Kalau ada yang free try lah melawat blog diorang. Seyes banyak yangc antik2, kreatif, smart, comel2 dan blog diorang banyak cerita yang updated. 

3 Nov 2015

Jubah untuk Semua jenis size termasuk XL,XXL,XXXXXXXXXXX

                     Pagi2 lagi dah tertidur dekat opish sampai terkeluar ayaq lioq!*jokes* Mengantuklaaaaa travelling dari rumah ke opish sebenarnya. heheh.... So lepas bekpesh apa semua dah tak tahu nak buat apa...so JH terasa nak berkongsikan sesuatu yang menarik.  Baru2 ni Jh baru order sehelai jubah untuk wedding member JH nanti. Menarik! Murah! Cantik! Actually Jubah ni adik JH suka order. Dia ada jubah plain. Oh! Lupa nak cerita. Orang yang bersaiz besar contoh mcm size XXL and keatas yang terasa down sebab setiap kali tak jumpa jubah yang cantik dan sesuai dengan badan boleh lah order dekat akk ni. Hari tu Jh baru je bank in esok petngnya dah dapat. Dahlah layanan bagus orang nye pun lembut je.

                     

Jubah Alia

                   Jangan ingat Jubah tak de nama ye!! heheh Nama Jubah ni Jubah alia... Cantikkan? Kalau dalam gambar cantik apatah lagi diluar gambar. Tapi sejujurnya JH cakap sangat memuaskan hati. Mula tu Jh bajet bila dah dapat jubah ni mungkin kaler dia tak secantik yang dilihat. Tapi, lepas dah dapat jubahnya.Memang cantik! Kawan JH yang tengok pun berkenan. Dia kata kalernya memang lwa dan mata yang melihat pun rasa selesa. Jh beli size XL sebab JH tak delah kurus mana. Harga untuk sehelai jubah Alia ni rm70 termasuk postage. Kalau semenanjung cuma tambah lebih sikit. Berbaloi kan. Cantik pun cantik. Tak rugi beli.


                    Jubah Alia ni ada macam2 jenis warna. In shaa allah ada rezeki nak beli lagi. heheh... Jap Biar JH share gamba jubah adik JH yang JH pinjam time jumpa kengkawan JH ritu.

                       Jh cuba nak kongsi gambar2 JH tu tapi tak tahu lah. Jh nak pesan tak payahlah beli Nokia Lumia. Handphone ni boleh buat pengguna rasa nak maki hamun je. Huhuh*mujur iman masih setebul buku dictionary oxford*. Tapi apa2 pun, korang boleh lah search dekat Instagram dengan Fb. Tengok barang2 dia. Jh yakinlah korang yang membelinya nanti takkan rasa rugi. BEST pun BEST! Sekian saja. Semoga perkongsian JH kali ni dapat membantu mereka yang memerlukan. 





2 Nov 2015

SPM......!!!! Bermula Hari ni!!

Pagi2 lagi JH dah bertolak dari rumah ke office pukul 6.05am sebab duduk pun dekat ulu yam kan. So dari rumah ke office amik masa lebih kurang 45 minit juge. Kalau dah campor dengan jammed lebih dari tu laa... ahahahahha

            So, Setiap pagi demi untuk menghilangkan rasa mengantuk dan stress. Jh akan bukak tingkap sebab suasana yang nyaman dicampor pule dengan lawak dari JOHARA radio Era.FM. So, kalau orang sebelah tengok JH gelak mesti ingat JH sewel tapi sebenarnya tengah gelakkan cik linda kite tuuu.... Pagi2 lagi johara dah menyampaikan pesanan dan nasihat kepada Pelajar2 yang bakal menduduki SPM. So selamat maju...buat yang terbaik adik2!


           Sebelum nak menjawab tu bacalah doa penerang hati dulu. Paling tak pun bacalah bismillah. Tapi jangan terlalu gabra sampai terbaca doa makan! hahaha.... Lepas dah baca tu, WAIT! Jangan gabra jugak. Tarik nafas hembus dulu........... lepas tu tunggu cikgu edarkan kertas dan buku soalan. STILL! jangan bukak lagi. Baca sekali lagi doa semoga segala yang dibaca tu masih melekat diminda. Haaaaa lepas cikgu dah bagi taklimat baru bukak dan baca yer. JANGAN GABRAAAAAA!! nanti apa yang dibaca semua hilang.

         

            Time cikgu bagi kertas ni lah paling JH takut. Bukan takut pe! Takut masuk dalam scanner tak terscan. Sebab susah. Dulu ditanda secara manually. sekarang mesin yang tolong tandakan. Maka hati2 bagi yang membulat dan mewarnakan. Jangan terlalu gelap, jangan terlalu pudar, Jangan pula sampai terkoyak. Padam beersih k! JH percaya setiap yang lepas exam tu mesti akan tengok balik buku untuk wat rujukan. Jangan sedih2 kalau tak sama.Doakan semoga penanda buku tu lembut hati nak bagi markah kat korang lebih. K! AAMINNNN...... Tapi jangan riak kalau jawapan korang dan apa yang korang baca tu sama dengan yang semalam atau kelmarin. Nanti Allah tarik semua kenikmatan korang. Ishhhh Nauzubillah! 

            Apa2 pun selamat maju jaya. Buat yang terbaik dan keyakinan diri tu kene ada tau! 

           

Bahayanya.....

Assalamualaikum....

         Morning . Dah bekpesh? Harini, tengah syok melantak bekpesh tiba2 terasa nak berkongsi tentang satu perkara. Perkara dimana boleh menjadi bahaya buat kita semua tanpa sedar. Actually, pada pandangan JH kita dah tak selamat. Berbagai jenis ancaman boleh menjadi bahaya kepada kita.

        Lately ni... JH ada terdengar satu cerita. Tentang seorang lelaki yang hendak mengeluarkan duitnya untuk di transfer ke CDM yang lain. Ceritanya berkisar begini.Hari tu hari keluar gaji. So semua pekerja goment dah memenuhi ruang bank (Tak ingat bank mana mengikut story ni) so dia pu beratur dikalangan yang ramai tu. Tak lama lepas tu giliran dia pun tiba. Cadangnya dia bawa keluar sejumlah wang yang melebihi rm1k. Waktu itu dia memang perasan ada seorang lelaki *bukan orang warganegara* berdiri belakang dia. Lepas dia keluarkan duit tu cadng nak pindah ke CDM tb2 dipanggil lelaki tu bertanya. " Mesin ni boleh terima ke matawang asing?" lelaki melayu tu pun angguk. Then time dia nak pindah dekat CDM tu tb2 lelaki tu tepuk2 bahu dia and ambil salah satu keping duit bernilai rm50 dan bertanya " inikah wang malaysia" (Tak berapa ingat jalan story tapi jalan penceritaan lebih kurang) dan mangsa tersebut anggukkan kepala. Dalam pada tak sedar tu sebenarya dia telah memukau kita dengan menepuk bahu kita sambil2 tu tangan dia mencekau duit kita yang ada dalam mesin tu.

         Nak bagitahu lagu, ini salah satu jenayah yang terbaru JH baca di facebook. Tapi kalau ada kesilapan pada storynya beritahulah pada JH. Tapi Jh nak pesan, kawan2 kalau terasa nak keluarkan duit sentiasa keluarkan duit di tempat yang ramai orang dan kalau boleh ajaklah orang yang boleh dipercayai. Sekarag ni dah ada macam2 benda yang tak elok berlaku. Samun lah, Pukaulah, merompaklah..... so beware. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita esok lusa. Apa2 pun berhati2 dan sentiasa mengamalkan ayat kursi sebagai pelindung. In Shaa Allah tuhan akan melindungi kita dari anasir2yang jahat.

       Harap cerita dari JH ni serba sedikit dapat menolong kawan2 ye ^^

27 Oct 2015

Percutian! Holiday! Jia QI!

Assalamualaikum, sehat semua?

hehe....Blog JH memang membosankan. Tapi entry kali ni mungkin menyeronokkan. Mungkin?

          Hari tu, balik dari Kelana Jaya, Jh berasap-asap(watssapp) dengan mak sedara *tapi sebaya* kekekek.....Dia tanya JH nak ke ikot dia pergi bercuti. Masa tu! Dalam otak dah terbayangkan kaki kanggarooooooo...telinga kanggaroooo...bulus mulus tulusssss dia..hahahaha..... Tapi upenye dia hanar satu phamplet. Lebih kurang cmni.
LANGKAWI

           Time tuh, bila JH engok tajuknya dah cukup dah excited. JH memang dah lama teringin nk pergi langkawi.tapi sebab minggu depan ada kursus tak dapat eden nak peri. Haaa pada sape2 terasa nak pergi tu cepat2 lah calling2.... Inshaa Allah can be trusted sbb dia ni member pada makcik JH.

           Apa activiti yang ditawarkan untuk pakej pelancongan ni adalah

  1. melawat laman padi
  2. naik langkawi cable car
  3. main dekat pantai pasir hitam
  4. eagle feeding & eagle square visit
  5. pergi ke oriental village
  6. sangkar ikan
  7. ada jugak trip ke gua buaya dan gua kelawar
            Macam best je kan trip aktiviti dia?? hehe ..apa lagi GRAB IT NOW! nanti kerugian. Murah pun murah. Bukan nak kata pe....JH pernah nampak ada yg dekat rm500 per pax...but aktiviti bese je. but wat ever tu perniagaan orang kite tak bolehlah kondem kan. Its okay. So bagi yang berminat boleh lah terus call ke nombor tu atau komen dekat komen box JH yer.

Mekaceh semuaaaa ^^

2 Oct 2015

Friends

     Assalamualaikum......... Setelah sekian lama menyepi walaupun blog ini tak semeriah dan semegah. Tapi, Alhamdulillah blog ini tempat JH melepaskan segalanya. hehe...... Hari ni pagi2 lagi dah bjieeee dengan kerja2..lepas tu pergi keluarkan daun2 ijo dekat ATM. Lepas tu, sambung buat kerja semula. Bila dah lama sangat buat kerja baru teringat! blog kesayangan ni dah lama tak update. Kalau rumah kosong ni dah bersawang teruk dah ni!!!

Okay. Hari ni, simple! JH just nak kongsikan satu page ayat nukilan/ quotes tentang erti 'Kawan'.

"Paling Rapat"

     Apa maksud Quotes tu paling rapat?? Pernah terfikir tak? Atau korang pun ada member cenggini? Koang panggil dia dengan panggilan kesat pun still! Korang boleh bergelak ketawa dalam perbualan seharian korang. Mungkin tak semua macam ni dalam perbualan but apa yang penting?? ukan kerjasama...tetapi kepercayaan, saling memahami, saling menerima negative dan positive , saling berbincang dan bertolak ansur. Korang ingat dalam percintaan je ke ada semua tu?? what's the point for having friends IF sikit pun korang tak terapkan dalam persahabatan korang. Selama JH berkawan dan berkenalan, macam2 jenis orang JH pernah jumpa. Chilhood friends to lain cite. Tu zaman main mak2 dulu! hahahahha...... Tapi, orang kata, zaman childhood friends, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menegah, zaman di ipta/s dan zaman bekerja memang lain. Seriusly semua yang lalui mesti tahu kan.

Walaupun usia masih awal tapi JH dah alami pelbagai jenis kawan dari yang jenis baik, jahat , nakal, meluat dan paling tak boleh terima kalau BACKSTABBER! Kenapa JH bold kan? sebab perkataan itu paling kerap hadir dalam hidup JH. Paling tak bole terima orang yang kita dah kawan bertahun2, tidur sekatil, makan bersama, susah senang bersama atlast kerana perkara kecik tanpa usul periksa dan cemburu buta! terus tempoh 5 tahun itu dibuang kedalam laut. Kadang2 JH tertanya2, kemanakah akal dan fikiran mu? apa yang engkau terapkan sepanjang engkau berkawan bersama aku? Jahat sangatkah aku dimatamu? sedangkan engkau lebih mengenali ku?

JH juga ada kawan yang rapat semasa convent dulu2. Simple je diorang nasihat JH. Makin kau ingat makin kau sakit. Maka! Buang jauh2 In Shaa Allah tak sakit. So start dari hari tu, JH dah tak contact dan apa pun tak. Tapi JH dapat tahu dia menceritakan perkara2 yang tidak betul pada orang lain. SOBS..SOBS.... hmmm mungkin juge silap JH salah menilai dan memilih kawan. Mungkin juga JH terlalu baik sama orang lain sampaikan orang berbuat sebigini pada JH. Tak apalah..... malas nak berulasan panjang. Sedih sebenarnya bila teringat apa yang dia dah buatkan kepada kita. Okay.

Thanks pada yang sudi membaca. ^^

11 Sep 2015

Nampak Lames tapi sebenarnya menyeronokkan!

Assalamualaikum...is it proper for me to say Good Morning/Noon? hehe...

Okaylah..tanpa melengahkan masa....sebenarnya hari ni JH macam agak banyak masa lapang. Jadi, JH pun memilih untuk tengok BLOG. SIAKAPKELI.COM . main game PLANTS VS ZOMBIES.*benda wajib setiap hari*.

So! tengah skrol2....laman siakapkeli tu tiba2 tengok dia share tentang one new games called agar.io. Nampak takgambar kat bawah tu? 



Apa kata mana yang tengah stress bekerja tu stop sebentar then try this game. Actually, it's quite lame but fun. Yang penting stress boleh hilang. Dalam dunia Agar.io tu hanyalah ada empat segi petak yang banyak dan bentuk bula2 macam belon. 

Jh akan ajar step by step untuk mendaftar. Senang je..tak perlu guna gmail pun tak apa..tapi kalau nak guna FB pun boleh.

JOM!

Step # 1




Pergi dekat uncle google then korang type Agar.io. <------ Kalau boleh click je link tu.

Step #2

Dia akan keluar macam ni....
so!
Korang just Sign in type nama korang.
kalau macam JH nak main JH akan typekan nama JH pada petak berwarna biru yang ada tulis 'NICK' tu. Yang FFA tu biarkan je.... Then akan keluar macam yang bawah tu.



TADA.......!!!!!
Ada nama JH lagi. Comelkan!
Then korang tolak lah dengan tetikus korang nanti dia akan mengelilingi kotak yang ada banyak bulat2 kecik tu. THEN, lama kelamaan dia akan membesar. tapi jangan sampai belon korang tu pecah tau nanti boleh mati atau terhimpit. berjaga2.

So apa lagi. TRYLAH!

SEMOGA BERJAYA!!




Step # 3 

Lepas korang dah habis main kiranya dah bertahan selama yang mampu then akan keluar macam dalam gambar tu. 

Malu JH dapat result gitu. kekekeke

Oh1 BTW, sape yang ada Play store dengan Google play boleh download!
TRYLAH!



2 Sep 2015

Malaysian Pebret Pood

Assalamualaikum.......

hehe....dah brekky? *breakfast lah!*

Alhamdulillah............

Tak tahu nak buat apa....kerja dah seel.....tadi dok belek album dalam phone. Tetibe teringin nak kongsi pasal makanan pebret JH. Sat nah..nak up gambaq!!


Special vietnamese beef noodle

Sedapkan...tengok gamba pun dah terliur. Inikan pula kalau makanan ni ada depan mata. haha!!

But actually, kalau JH g SR ni selalunyalahkan makanan paling wajib yang JH akan order 'Special Beef Noodle' sebab dia memang sedap and makan pula dengan cili hijau dia lagi sedap! Sampaikan kalau balik baru nak lelap mata tu boleh terbayangkan lagi. HAHA. and minuman paling wajib JH akan order Ice caramel latte. JH xkan berpaling pada menu lain dah melainkan JH teringin nak mencuba menu lain. Harga dia pun okay lah kala cmpur semua ada dalam rm 30++. but pada JH berbaloi jugalah order sebab mangkuk dia besar,isi dia pun besar and tebal and banyak , mee dia pun banyak kuah dia pun sedap. Kalau air dai memang size besar takde kecik tapi okayla dlm rm10++ .

Then kalau makanan sampingan dia JH akan order Lasagne. hehe

Snap je dari PC kekeke.... sedap tauu. Makan dengan roti dia lagi. Lasgane ni kiranya macam dessert untuk ktorang satu family. So rugi kalau korang tak try. Bagi yang dah pernah try mesti suka. Kan!

Tapi ada satu lagi menu yang gempak lagi sedap.
 Noodle In Tom Yum Kung!!!

Extra pedas punyer. Kalau korang tengok pada buku menu dia pun korang boleh nampak ada tanda cili. Itu bermakna tomyum ni memang pedas. Tom yam dia memang terbaiklah. Memang selera perut JH betul. Tak rugi kalau cuba dan rugi kalau tak cuba. ahaahah.... 

K lah.... itu je yang JH nak cuba. So bagi yang terliur tenogk gambar2 ni..pergilah try cepat2 hilangkan kempunan yer. Sekadar berkongsi saja ^^

26 Aug 2015

Malaysian Pebret Pood

Selamat Tengah Hari.


Dah makan? Bagi yang kerja mesti lunch pukul 1 kan.....

Tetibe rasa bosan plak bile kerja da siap.....

nak sharela satu makanan yang JH suka.

Nasi kerabu JKWPKL

                                    Mesti korang pelikkan dengan tajuk nasi tu. HewHew.....

Bagi yang kerja area-area sni mesti tau kalau JH cerita. Boleh dikatakan setiap minggu mesti akan ada satu hari tu Jh dgn officemate pg beli nasi kerabu. So, kalau pg medan makan bawah tu... JH selesa pggl kedai JKWPKL sebab dia berhadapan dengan kedai tu. kekekek.... Kalau pg situ, mesti JH dgn officemate pilih beli nasi kerabu dekat pakcik ni. Gerai dia berhadapan dengan gerai roti canai dan bersebelahan dengan gerai bancuh air uncle mamak. *Panggilan cincai..dah terbese*. Situ! Nasi kerabu dia memang LEGEND! Orang akan beratur ramai semata nak beli makanan kat gerai dia tu. Tapi kalau nak rasa masakan lain pun boleh.. ada spagetti goreng ada laksam... laksam tu kan dibuat dari kueh teow panjang2. Kalau pergi kedai yong tau foo mesti ada kan... dia jual macam tu lah..so dia bg kita pilih berapa nak..atau cakap je nnt dia bg... then dia bungkus... Harga dia berpatutan. Kalau dekat kedai makan lain nasi kerabu mencecah sampai rm6-7 dekat sini maintain 5 hengget!! kalau minta tambah lebih sisa2 pun xde hal tetap maintain harga. Kalau macam spaggetti goreng tu tanpa begedil dalam rm3.00 tapi kalau tambah 3-4 henget laa juge..tapi berbaloi sebab dia xcatu makanan dia bg ikut sukatan bekas tu juge. Laksam je xpnah try, nanti nak try. Pakcik ni dia ada setiap hari waktu bekerja. Tapi, kalau cuti sekolah. Sebab dia org kelantan, so time tu jelah dia balik lagi satu anak dia budak skolahkan... Azablah bagi penggemar nasi kerabu dia. HAHAH!! JH tak minat sangat pun nasi kerabu sebenarnya. Tapi, keunikkan nasi kerabu dia buat JH suka makan nasi kerabu dia SHJ ye...........

So bagi yang suka mencuba makanan baru. Sila2lah lajak ke sini. Gerai makanan berhadapan dengan Bangunan JKWPKL berdekatan dengan SPA & Bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak bersebelahan Masjid Negara. kalau keatas sedikit adalah sekolah..atas lagi Tangling. Maybe kalau sebut klinik tangling semua kenal. MUNGKIN......MAI2!!.... rugi xcuba.....

Okaylah...setakat itu sajalah JH share.. Nanti JH nak share pasal kueh teow sup yang ada dekat pasa tani yang dijual setiap ari jumaat pulak yerrrr ^^

20 Aug 2015

APTB

Assalamualaikum......

Morning semua..... today i'm going to make my self have a positive thinking!! hahaha

Semalam tengah bosan..bosan kerja dah siap...JH saje je buat benda yang tak berfaedah. Jap nak share dgn korang.
Pertemuan Adam Hawa

haha...Sorrylah tak lawa...lepas tu hero and heroinnya cilok google jek,....hahahahha...... Teruknya JH.

Btw...JH teringin nak share sesuatu. Dalam banyak2 novel JH pernah buatlahkan..tapi separuh jalan je yang lain tu..... JH paling suka novel ni..tak tahu kenapa terasa macam ada aura. hohoho......
Tak dela..... sebenarnya.... novel ni ada berpandukan pada kisah hidup sikit2......


Tapi yang gambar pilot tuh ensem kan!! hahahah.. *Gatal mata sat*. 

JH nak kongsi sikitlah apa yang bermain di minda JH.

Dalam banyak2 perwatakkan... JH paling suka watak Irham. Sebab dalam cerita ni... Irham ni seorang yang walaupun dia pilot...walaupun dia dikelilingi beribu orang pramugari cantik! tetapi...prinsip dia hanya satu je.... isteri tetap isteri..isteri hanya satu...dan yang satu itulah akan menjadi isteri dan juga mummy kepada anak-anaknya nanti. Irham suke benda yang boleh menarik hati dia. Dia seorang yang cepat marah tapi coolnya sekejap. Membebel pun kalah mak nenek tetapi dia seorang yang penyayang dalam diam. Kalau nak tahu maksud penyayang dalam diam, tunggu kemunculan novel seterusnya.

Zara- She is an obedient daughter even though she'd made a lot of problems. Dia pensetia dan mudah menyayangi sesuatu walaupun benda itu adalah objek. Panas baran mewarisi sikap atoknya tetapi seorang pendendam. Namun, Zara cepat akur dengan kata-kata sekiranya perkara itu masuk dek akalnya. Namun kerana sikap Zara yang ego itu hampir menyebabkan dia kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup.

Hafrez - He is a good son to both his parents. Hafrez ni seorang yang mudah mengalah namun semangatnya tak cepat pudar. Apa yang Hafrez tahu, Zara adalah hidupnya dan dengan Zara juga dia akan nikahi. Musuh utama dia adalah diri dia sendiri kerana kesilapan yang telah dia lakukan jugalah menyebabkan dia kehilangan Zara.

Okay cun! setakat itu je karangan buruk JH yang mampu JH lakarkan. hehehe ....Kalau tak okay bagitahu lah..tak pun share komen ye!! heheheh..mekaceh uolsssss!!!!!!



19 Aug 2015

A thought comes with a feel


Assalamualaikum...MORNING semua.........

Tak tahu apa yang nak dikongsikan..hurmmm....... tapikan tadi terfikir nak mencari quotes. So kebetulan i've found this. Macam ada kaitan dengan JH sedikit. TAK! Actually yang ni JH percaya berlaku pada semua orang.

Yelah...kita hidup ni dikelilingi orang. Dan orang yang mengelilingi kita ni ada berbagai jenis.

                                                           Ada yang hati busuk. 

                                                            Ada yang pendengki
                                                         
                                                          Ada yang suka bergosip

                           Ada yang jenis suka jaga tepi kain orang. Samalah dengan gosip

                                              Ada yang jenis cepat SENTAP/SENSITIVE

                                 Ada pula yang jenis salah dia tak nampak salah kita nampak aje.

Jadi, bagi orang yang macam ni. Pleaselah...move on. Muhasabah diri. Janganlah selfish..... Gara2 sikap macam nilah boleh merosakkan sesebuah hubungan. Sama juga macam kita ber'kapel'/berkahwin. Kalau ada yang ego sama ego, cemburu sama cemburu, Baran sama baran. Apa yang jadi??? Hurmmmmmm.... Bangunan KLCC pun boleh runtuh tau.


Sejak JH berhadapan dengan manusia camni....... hati ni pun dah semakin kebal. Apa pun dah tak terasa. Cuma mampu melihat dan senyum dari jauh. Mata ni pun dah tak lalu nak tengok apa yang ada di FB tuh. 

Ingat, korang seksa orang dengan cara macam ni. Hidup korang pun tak tenang sebenarnya. Sentiasa berfikiran negatif. Kan sakit macam tu. haishhh...... takpelah... JH pun dah tak tahu nak cakap apa lagi. Sedih memikirkan apa yang telah terjadi. Semoga dia berubah itu saja yang ada dalam doa JH. AMINN

18 Aug 2015

Kawan

Firstly.... JH nak share sekeping gambar dekat koran semua. Title is : Why do we need friends.

Kenapa kita perlukan kawan? 

Apa pendapat korang?

Apa korang rasa dengan tajuk tu?


Selama JH idup sepanjang 20++ (umur dirahsiakan) hehe...... JH boleh kira bilangan kawan JH. Tak sampai 5 jari kawan rapat yang JH ada. Kawan dan sahabat ni lain tau maksud dia. Yelah, Kawan ada dengan kita anytime means 'easy come easy go' camtulah citenya...tapi sahabat ni...dia sentiasa ada dengan kita tak kira kita tengah sedih ke tengah happy ke tengah marah ke ap ke..... Betul tak??

Entahlah apa yang JH rasa sekarang. Sedih, Marah, Kecik Hati. semua adalah...... Tak tahu nak ungkapkan macam mana. Mungkin jua JH silap pilih...atau mungkin juga Tuhan nak JH mengenali setiap orang yang ada disekeliling kita walaupun orang yang paling rapat dengan kita. Bak kata satu pepatah, Duri dalam daging. Itulah yang JH rasa sekarang ni. Dulu berkali-kali JH terasa dengan dia, sikit pun JH tak pernah mengungkit atau pun UP status ke wechat ke.... even JH biarkan je... yelah...Kita sebagai kawan paling rapat mestilah happy kan tengok sahabat kita sendiri happy. 

So, One Day tu. Nak dijadikan certia, dengan yang maha berkuasa. 'DIA' memberi keizinan pada JH untuk melihat perangai sebenar seorang yang bernama 'SAHABAT'. Sejak dari kejadian itu, JH mulai meminggirkan diri bukan kerana sakit hati atau marah. Tapi kecewa..... KECEWA dengan sikap dia yang sangat kebudak-budakkan.

Allah....masa tu....tuhan je yang tahu perasaan JH macam mane....... Hati ni terasa bagaikan disiat-siat sampai halus. 

Esoknya, some informer bagitahu perangai sebenar dia...... dan ye...bila dalam sesebuah hubungan itu dipenuhi dengan hasad dengki. Tak sangka betul firasat JH selama ini. Dia memang ada perasaan hasad itu. MasyaAllah.... waktu itu apa yang ada dalam pikiran JH, Kenapa? Apa salah aku? Jahatkah aku pada kamu? Tidak sempurnakah aku sebagai seorang sahabat pada kamu? Apa yang kamu tidak puas hati dengan aku wahai sahabat?

Oleh kerana kaum adam, engkau sanggup mempunyai sikap jelik itu. 

14 Aug 2015

ke 'buzyian' melanda diri JH

Asalamualaikum.....

sebelum tu nak share sekeping gambar dulu.

dah lama JH tak update.... sedih tengok blog kosong.

Sorry...busy la...sebab tu up gambar tu.....

BTW ...thanks pada Kim sbb baca novel JH...heheheh....mekaceh juge sebab cakap best.

Sebenarnya.... 'Pertemuan Adam Hawa' ni based on true story...Tapi tak semualah betul2...ada yang imaginasi je... but some tu memang true story lah..cuma pertemuan Zara dengan si Pilot tu tak sama dengan true life. Orang kata...kalau based on true life sangat pun tak best juge kan...so JH kasi campor2 macam makan rojak laaa...hahahahhahahahahha......

wel....hope korang Enjoy. Sebenarnya...kesian juga dengan life Zara tu..... part yang tak jadi tunang and meroyan tu just imaginasi je..tapi apa yang terjadi pada dia tu memang lah.....reality....


So back to the story..... JH bz..so nak update story pun amik masa sikit...inshaallah nanti ada masa terluang JH up la...... sebab sekarang ni.... UNIT JH bekerja kena buat research..so JH kene tumpukan pada sini duluan yaa...... maaf seribu kali ampun dipinta.......

k lah..have to go...nanti up lg...muahhh!! SHAYANG SKIT!!

15 Jul 2015

Kemalasan melanda!

HUAARGHHHHHHHH!!!!

Allah........kemalasan melanda diri betulla!!! *Menjerit....tapi dalam hati je.*

Seghonoknyeeee jadi bear2 ni!


Tak sangka.......puasa punyer puasa...lagi dua hari dah nak raya..!1 Dalam hati sedih tapi luaran sebenarnya melonjak gembira. kuikui!!


So...mesti semua tak sabar nak tunggu pengumuman raya kan..hehe.... Bila nak masuk puasa....semua tak sabar tunggu pengumuman puasa..then bila da di umumkan..semua melonjak gembira. Tak lama lepastu..tuptup..esok lusa dah nak raya. Cepat tui masa berlalu.....

Bila sebut pasal raya, JH tahu...mesti kepala otak semua dah terbayangkan sampul dan duit raya kan..hehe.... lepastu side dishesnya pula....JH pun macam tu!1 

Nyummm2.....nasib baik pose kalau tak ..entoh leerrr...haha

Oleh kerana tak lama lagi dah nak raya...JH nak ucapkan.....
Belanje sekeping gambar raya Upin Ipin. *wink!wink!*

Sekarang ni asal tidur je mesti terjaga...mana taknya.....dentum dentam bunyi mercun nye!! Hati2 wahai kawan2 tercinta...... jaga diri semasa main. Jangan terlalu ghairah bermain sehinggakan terlupa menjaga keselamatan diri ye. ^^

Jom back to the main topik. Agak2 korang...bila sebut pasal raya....apa yang bermain diminda korang??

Tau dah!
Mesti duit raye!
Sabar2 ye kawan2...
hehe..... esok lusa dah raya....

Mesti semua rindu nak balik ke zaman kanak2 kan...yela..even JH sendiri pun rindu nak jadi budak2...mana taknya....dapat duit raya banyak...... kalau untung2 nasib dapat lebih duit raya. BEST!! kalau boleh..terasa nak disumpah balik ke zaman bebudak semula. hehe.....

Tapi JH tak kesah sangat duit raya..apa yang paling JH kisahkan..... MAKANAN!! Nyummm2...... Ini perkara yang paling JH titik beratkan.... Kalau rumah yang pergi tu tak de kuih raya or makanan raya yang sedap2...Inshaallah...JH akan badmood!1 hahahahahha...terukkan!!

Hurmm...okay.... dalam banyak2 makanan..... JH paling suka yang ni...

1. 
Lontong

Yummiehh!1..Tapi tak semua rumah buat makanan ni.....so ikot nasib la juge.....

2.
Makanan yang wajib ada bila raya!! Dicicah pulak dengan rendang atau kuah kacang
Sedapnyeeeee!!

3.


Baru je cakap tadi.
Wajib disamping lemang dan ketupat!!
kekekekekek.......

4.
Lontong!! jeng..jeng..
dapnyeeee.....

Makanan yang sememangnya ada walaupun bukan di hari raya..tapi tetap penting!


5.
Kuih peberet anak muda!! hehe


kuih2 ni selalunya orang tua je suka.
Anak muda macam aku kureng ler.....
naknak bila kunyah2 tepungnya melekat gigi....
rasa macam nak terbalikkan satu rumah!!
hahahahah....


Ketupat..ermm tak tau nama asal dia...tapi kawan2 utara panggil
*Malu nak sebut*
Ketupat Poen... (Blushing kejap)
heheheheh
jangan marah
kalau tak betul tolong betulkan ye
(Y) no war!!
6.
Ayor sejuk...
Tak boleh kalau tak de ayor sejuk...
naknak kalau dahaga sangat tambah pulak kalau cuaca paneh nak mampus
sampai terasa tekak ni nak tercabut..
lepastu tuan rumah plak hidang ayor paneih...
Huishhh ...
boleh membara satu badan!!
hahahahah...

Okay ..sebenarnya...JH kongsi semua tu sebab...it's one of my fabret food lah. Tapi juga nak kongsi dengan semua.... setiap makanan ada kalori...juga ada cholestrol... maka berhati2 lah semasa mengambil makanan. Jangan khusyuk sangat makan sampai terlupa nak menjaga kesihatan yer!! 

hehehe...jangan marah lagi....

bye2......

 Sebelum tu JH nak share gamba2 maknan dekat korang. Kalau JH lapar tengok makanan ni..korang pun kena lapar..hehe!!









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...